Saturday, 30 June 2012

dosa kering...

Rasanya dah tak boleh duduk lama2 kat office C&C ni. Adolah, banyak sungguh la kejadian yang menyebabkan diriku ini asyik2 mendapat dosa kering je. Pertamanya sebab kes yang seorang tu. Sekarang ni yang tu bukan lagi isu besar. Buat hal masing2. Kalau rasa tak perlu bercakap**kalau rasa perlu pun, tak akan bercakap dengan dia**so better keep my mouth shut!!!So tak ada isu & tak perlu nak gaduh2 kat belakang. Nak gaduh depan2 tak berani. Alah, dia pun tak berani. Belakang je mulut dia berani. Macam semalam la, dah tak ada isu kot nak bergaduh, boleh dia pergi tanya k.na "beruk mana yang bayar cheque ni?" emm bagus sungguh bahasa cam tu. So, sebab2 macam ni yang menyebabkan i dapat dosa free2. Bila dengar rasa nak marah, then terkeluar la kata2 yang bukan2. So makanya, tambah lagi dosa i yang memang tersedia ciput ni. Dah la ciput, dia plak yang dapat pahala kes i mengumpat pasal dia. Grrr!!!

Ok ok. Tu cerita yang sorang tu. Yang tu, dah lapuk punya story. Ni baru punya story. Ceritanya cam ni, sekarang ni kitaorang memang tengah peak period. Setiap audit assistant (AS) memang ada list company sendiri. So apa-apa yang berkaitan dengan company yang dipegang, memang AS tu bertanggungjawab nak jawab dengan client or boss or income tax or secretary. Setiap orang pegang dalam 20 companies for YE 31.12.2011 yang mana kena submit to income tax & ssm 7 months after closing of account. Sebab almost company tutup akaun bulan 12, tu yang menyebabkan kitaorang banyak kerja time ni. Jarang la company tu nak tutup akaun bulan 3 ke, bulan 8 ke, kalau ada pun, 2 3 company sahaja. So tu yang menyebabkan kitaorang ni kerjanya pusing2 office & melangut je time lain. haha!!!

So sebab ni time sibuk, semua orang pun buat OT nak siapkan akaun on the time. Tak siap, memang sah2 la kena penalti daripada income tax & ssm. Client ni satu je dia punya perangai, bila sampai surat compound, memang wajibla nak salahkan kitaorang. So, by hook or by crook pun, memang kena siap walaupun akaun tu sampai 20.7 ke apa. Buat la OT sampai kol 1 pagi pun. Tapi masalahnya sekarang, adalah 2 orang junior ni yang bo layan je. Prinsipnya senang "tak siap kerja, nak buat cam ne or mapuh gi lah" hah!!!ada ke orang cam ni. Ok, boleh la terima kalau tak sempat siap, tapi sebelum2 tu memang buat OT giler2 & bertungkus lumus. Sebab i pun memang rasa cam tak sempat juga. Tapi masalahnya, balik kerja paling lewat kol 7, then ari sabtu plak tak datang OT. Kalau datang tu, 2 3 jam je. Pas tu, masuk lunch kol 2.30 setiap hari, then mulut tu tak berhenti bercakap. Pas tu sombong plak, imagine bukan masalah besar kalau tak siapkan akaun. Ya Allah, memang none of my business pun, tapi mata yang melihat & telinga yang mendengar rasa sakit hati. Dan...dan mulut i pun akan mula menjalankan tugas bercerita yang bukan2. Dosa kering lagi!!!Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.......

Apa yang i bimbang & risau, nanti bila akaun diorang ni tak sempat siap, kerja2 diaorang kena dibahagi kat kitaorang yang siap kerja ni. I memang tak nak buat. Mapuh gi lah!!!hah..Memang sakit hati la. Dia sedap2 je main2 & tak serius, kita plak yang kena tanggung. & risau lagi, lepas peak period ni, diorang resign plak dengan akaun2 tak siap tu. So, mangsanya kitaorang juga. Adoi!!!I dont care nak tolong kalau semuanya memang bertungkus lumus. Tak sempat siap, what to do kan. Tapi kalau yang 2 orang ni, memang i tak akan tolong. Sungguh la rasa geram & sakit hati giler. Tiap2 hari jugak cakap benda sama yang menyebabkan i berdosa & dia plak yang dapat pahala. Bagus sungguh la i ni, tambahkan pahala untuk orang lain, & i bertambah dosa. Tiap2 hari juga cakap ulang2 kat diri sendiri, ok stop talking, stop talking, dont care, tapi bila sampai office, mata pun berbulu tengok & telinga pun dah terkena jangkitan resdung dah tengok diorang ni. Setiap hari before gi kerja cakap juga kat diri sendiri, ok senyum kat diorang, senyum je kalau tak nak bercakap pun, tapi bila i dah tak suka, memang nak senyum pun susah. Hah, ni memang tabiat buruk yang kena buang jauh2.

For me, kerja yang diberi ialah amanah & tangungjawab. Tak kira gaji berapa pun, sebab dah kerja so kena buat. Kalau rasa tak berpatutan gaji dengan kerja yang diberi, so better resign dari menyusahkan manusia lain. Sekarang ni, memang la tak menyusahkan i lagi, tapi dah menyusahkan mata & telinga i ni. Dah la bertambah dosa kering. Hati pun sakit juga. Haih, kasian kat hati & jantung i, dah la terima kata2 kesat, ni terpaksa plak tahan baran & sakit hati. Apa la nasib i. Moga2 dapatla hubby yang boleh menenangkan hati i dengan kata2 yang penuh motivasi & positive**haha tiba2 plak keluar ayat ni kes teruja melihat gambar kawin irma hasmie & hubbynya yang rasanya sangat sweet & penuh keberkatan.


**peace no war!!!



No comments:

Post a Comment