Saturday, 30 June 2012

secret garden at last...


Cerita ni diambil dari hardisk my niece, last year. & sampai dia nak balik lagi sekali tahun ni next week pun, baru lah semalam i tengok cerita secret garden ni sampai habis. 10 jam dok mengadap dari episod 11 - 20 semalam menjadikan diriku x basuh baju & x buat segala macam household work. Mujurla x dok tok laki, kalu dok kena halau dah rasanya. Kalau tak kena halau, mesti dia kasi patahkan CD tu. Ntah apa2 punya wife.haha!!!

Komen: oklah for the love story. The morale of the story: jadilah baik hati & sabar macam Gil Ra Im, nanti leh dapat lelaki kaya & hansome cam Kim Joo Woon. haha!!!Lagi komen, Ya ampun, banyak sungguh la kissing scene dalam citer ni. Tapi standard dah drama korea kan. Baik japanese series lagi kot. Lagi komen, hah tetiba rasa senyuman Oska sangat manis & minat plak. Tulah benci sangat kat dia at the 1st start.haha!!!Sekian untuk sesi merapu kali ni & penutup post untuk June 2012.............Welcome July!!!

Because you are strong...

Emm actully, this post i dedicated to my old friend, Rayhae or namanya glamournya Mc Hae. She's my old friend in Naim. Start rapat dengan dia masa Form 3 & sampai sekarang. Benda paling teruk yang pernah buat bersama ialah kami pernah tidur sama2 kat katil single di Dorm B. Hah, tak tahu la kenapa katil yang seciput tu boleh muat untuk kami berdua masa tu. haha!!!That the good memories between us. We are different in many ways. Dia anak sulung & i bongsu. Sangat pandai masak & i sangat pandai makan, sopan santun sungguh compared to me, bila duduk dengan dia, rasa cam dia ibu2 & i pulak childish yang amat, dia budak sains & i in account stream. & banyak lagilah kot ehh yang tak tertulis kat sini. Sekarang ni, dia dah kawin pun, but thanks to her sebab tak pernah lupa kat i yang still single ni. Dia still layan i yang kesunyian ni in phone & sms. Alah bukan selalu pun nak kuca Mc Hae, jarang2 je. Hehe!!!

Petang tadi, i ke USM pergi melawat ayah Hae kat CCU. Sungguh, sebelum pergi, memang tak jangka keadaan ayah Hae cam tu. Ingat, ayah dia boleh duduk2 sambil boleh bercakap. Ok, tahu la CCU tu wad yang kritikal. Tapi memang tak jangka bila masuk ke wad, ayah dia  dikelilingi dengan mesin & wayar yang berselirat. Ya Allah, memang bahaya juga keadaan ayah Mc Hae. Pilunya bile tengok. This is my 1st experience tengok mesin2 macam ni. Arwah teh dulu juga pernah masuk CCU, tetapi tak ada mesin2 & wayar macam ni. Pilu juga tengok ma Mc Hae. Boleh plak i tertukar ma dia dengan nenek dia. Sungguh, dulu lain & sekarang lain sangat. Nampak lain. Ya Allah, Sorry to Mc Hae & ma dia. Mulut memang tak jaga.

I doakan, moga Allah bagi kesihatan yang lebih baik untuk ma & abah Mc Hae. Insya Allah, semuanya akan baik. I know the feeling when one of the family in hospital. Rasa macam down in everything. Rasa seram sejuk & the feeling is always worry. Dengar phone call juga akan risau yang amat. Entah, orang yang alami je akan faham. 

To Mc Hae..Because you are strong enough & Allah love u more than others, He gives u this test. Be patience & strong always okes...Everything happened for the good reason!!!Insya Allah, semuanya akan baik2 sahaja nanti...Amin!!!

dosa kering...

Rasanya dah tak boleh duduk lama2 kat office C&C ni. Adolah, banyak sungguh la kejadian yang menyebabkan diriku ini asyik2 mendapat dosa kering je. Pertamanya sebab kes yang seorang tu. Sekarang ni yang tu bukan lagi isu besar. Buat hal masing2. Kalau rasa tak perlu bercakap**kalau rasa perlu pun, tak akan bercakap dengan dia**so better keep my mouth shut!!!So tak ada isu & tak perlu nak gaduh2 kat belakang. Nak gaduh depan2 tak berani. Alah, dia pun tak berani. Belakang je mulut dia berani. Macam semalam la, dah tak ada isu kot nak bergaduh, boleh dia pergi tanya k.na "beruk mana yang bayar cheque ni?" emm bagus sungguh bahasa cam tu. So, sebab2 macam ni yang menyebabkan i dapat dosa free2. Bila dengar rasa nak marah, then terkeluar la kata2 yang bukan2. So makanya, tambah lagi dosa i yang memang tersedia ciput ni. Dah la ciput, dia plak yang dapat pahala kes i mengumpat pasal dia. Grrr!!!

Ok ok. Tu cerita yang sorang tu. Yang tu, dah lapuk punya story. Ni baru punya story. Ceritanya cam ni, sekarang ni kitaorang memang tengah peak period. Setiap audit assistant (AS) memang ada list company sendiri. So apa-apa yang berkaitan dengan company yang dipegang, memang AS tu bertanggungjawab nak jawab dengan client or boss or income tax or secretary. Setiap orang pegang dalam 20 companies for YE 31.12.2011 yang mana kena submit to income tax & ssm 7 months after closing of account. Sebab almost company tutup akaun bulan 12, tu yang menyebabkan kitaorang banyak kerja time ni. Jarang la company tu nak tutup akaun bulan 3 ke, bulan 8 ke, kalau ada pun, 2 3 company sahaja. So tu yang menyebabkan kitaorang ni kerjanya pusing2 office & melangut je time lain. haha!!!

So sebab ni time sibuk, semua orang pun buat OT nak siapkan akaun on the time. Tak siap, memang sah2 la kena penalti daripada income tax & ssm. Client ni satu je dia punya perangai, bila sampai surat compound, memang wajibla nak salahkan kitaorang. So, by hook or by crook pun, memang kena siap walaupun akaun tu sampai 20.7 ke apa. Buat la OT sampai kol 1 pagi pun. Tapi masalahnya sekarang, adalah 2 orang junior ni yang bo layan je. Prinsipnya senang "tak siap kerja, nak buat cam ne or mapuh gi lah" hah!!!ada ke orang cam ni. Ok, boleh la terima kalau tak sempat siap, tapi sebelum2 tu memang buat OT giler2 & bertungkus lumus. Sebab i pun memang rasa cam tak sempat juga. Tapi masalahnya, balik kerja paling lewat kol 7, then ari sabtu plak tak datang OT. Kalau datang tu, 2 3 jam je. Pas tu, masuk lunch kol 2.30 setiap hari, then mulut tu tak berhenti bercakap. Pas tu sombong plak, imagine bukan masalah besar kalau tak siapkan akaun. Ya Allah, memang none of my business pun, tapi mata yang melihat & telinga yang mendengar rasa sakit hati. Dan...dan mulut i pun akan mula menjalankan tugas bercerita yang bukan2. Dosa kering lagi!!!Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.......

Apa yang i bimbang & risau, nanti bila akaun diorang ni tak sempat siap, kerja2 diaorang kena dibahagi kat kitaorang yang siap kerja ni. I memang tak nak buat. Mapuh gi lah!!!hah..Memang sakit hati la. Dia sedap2 je main2 & tak serius, kita plak yang kena tanggung. & risau lagi, lepas peak period ni, diorang resign plak dengan akaun2 tak siap tu. So, mangsanya kitaorang juga. Adoi!!!I dont care nak tolong kalau semuanya memang bertungkus lumus. Tak sempat siap, what to do kan. Tapi kalau yang 2 orang ni, memang i tak akan tolong. Sungguh la rasa geram & sakit hati giler. Tiap2 hari jugak cakap benda sama yang menyebabkan i berdosa & dia plak yang dapat pahala. Bagus sungguh la i ni, tambahkan pahala untuk orang lain, & i bertambah dosa. Tiap2 hari juga cakap ulang2 kat diri sendiri, ok stop talking, stop talking, dont care, tapi bila sampai office, mata pun berbulu tengok & telinga pun dah terkena jangkitan resdung dah tengok diorang ni. Setiap hari before gi kerja cakap juga kat diri sendiri, ok senyum kat diorang, senyum je kalau tak nak bercakap pun, tapi bila i dah tak suka, memang nak senyum pun susah. Hah, ni memang tabiat buruk yang kena buang jauh2.

For me, kerja yang diberi ialah amanah & tangungjawab. Tak kira gaji berapa pun, sebab dah kerja so kena buat. Kalau rasa tak berpatutan gaji dengan kerja yang diberi, so better resign dari menyusahkan manusia lain. Sekarang ni, memang la tak menyusahkan i lagi, tapi dah menyusahkan mata & telinga i ni. Dah la bertambah dosa kering. Hati pun sakit juga. Haih, kasian kat hati & jantung i, dah la terima kata2 kesat, ni terpaksa plak tahan baran & sakit hati. Apa la nasib i. Moga2 dapatla hubby yang boleh menenangkan hati i dengan kata2 yang penuh motivasi & positive**haha tiba2 plak keluar ayat ni kes teruja melihat gambar kawin irma hasmie & hubbynya yang rasanya sangat sweet & penuh keberkatan.


**peace no war!!!



Thursday, 14 June 2012

low battery...

Adoi..penat yang amat. Rasa dah tak jejak ke bumi dah ni. Dah melayang2. 8-10 jam sehari dok mengadap akaun dengan penuh tekun & nak bagi siap on the time. Nak bagi balance, betul & kurangkan kesalahan. Otak memang kena cekap & focus giler. Itulah yang menyebabkan otak rasa penat yang amat. Dan dengan itu menyebabkan diriku ini terawang-awangan rasa tak jejak bumi. Haih!!!

This is the worst peak period i ever had. Tahun2 lepas, awal2 tahun lagi dah buat OT. Tapi tahun ni, last minit baru nak terhegeh2 nak buat. Last week, i siapkan 3 company sekali gus dalam a week. Sebab dah paksa otak giler2 & ini menyebabkan otak jadi lemau. Asyik2 lupa walaupun baru 2 minit lepas cakap benda yang sama. Dan sebab rasa otak dah lemau & pening, i kurangkan masa mengadap lappy & jauhkan dari handphone. Waa!!!

Rasanya, i really need supplement. Badan penat & badan tak cukup energy. Otak & badan asyik dikerah jadi buruh paksa within these 2 months. Vitamin pun tak cukup dek kerana i tak makan sayur & jarang makan buah. Lepas tu, breakfast juga asyik tak ambik. Haih..jiwa raga sungguh la. Ni mata dah mengantuk even jam baru menunjukkan pukul 7.30 petang.....Ohh low battery tahap apa dah & i need to recharge for next week. Next week punya schedule ialah tiap2 hari OT sampai malam. Waa!!!!double penat......

Saturday, 9 June 2012

malu..

Dialogue  between me & my nephew, hadif..

Me: Hadif, chu nak tido dah. Meh nak kiss hadif. 
** Then i kissed him.
Me: Hadif kiss chu la plop. cepat.
Hadif: Tok sir. Hadif malu. **nada malu
His ibu & me laughed very loudly.
Then ibu hadif menambah "wah, ni ayat baru ni. Baru first time dengar.
Me again: Hadif cepatla kiss chu.
Hadif: Hadif malulah. **nada bengang!!!LOL

Haha. Apa la hadif ni. Kecik2 pun dah tunjuk  yang dia very typically malay man yang menjaga tatasusila & tak romantik. haha!!!Jangan kecik je malu ok hadif. Besar2 juga kena jaga tatasusila. Tak romantik pun no hal...

Wednesday, 6 June 2012

love letter..

I was at office until 10pm. Bila waktu malam, kerjanya memang santai je la. So pergilah ke meja orang tu nak amik satu fail. Siang2 tak boleh amik coze malas nak curi2. Nak hadap dia lagi. Huh!!! Then, bila buka fail, i got love letter from him. Memang kerja tu i buat pun. Dapatlah sumpah seranah cam ni:-


Mula2 sedih jugak. Tapi 2 3 minit, then i can laugh very loudly. Macam kelakar je la. RM10 beza pun dah dapat pangkat bodoh ehh. Nasibla malam ni nak odit gaji, kalau tak, memang i tak akan buka fail tu. Tak tahu la plak i ni bodoh & dia cerdik sangat. If u are so cerdik, buat la sendiri next year ye. Orang bodoh & orang cerdik buat harusla tak sama. Tak heran pun eh. Haih, x pernah jumpa orang macam ni. Rasanya orang cam ni dah kena jumpa kaunselor kot or pakar sakit jiwa. Or kena banyak baca Alquran bagi hati lembut sikit. I pun kena banyak baca AlQuran bagi hati tak bikin panas. Biar cool je walaupun dapat sumpah seranah yang macam2...Sabarje lah...Istiqfar Istiqfar Istiqfar. ***Urut dada, urut dada lagi kasi sejuk, urut lagi, urut lagi...***

Sunday, 3 June 2012

x ada kerja...

Kat facebook tu berlambak2 la permainan yang cam gini. Biasanya lepas main, i akan remove je jawapan kat my wall sebab buat malu je. Tapi, sebab suka dengan jawapan yang diterima, kira ok la nak stay kat situ. hakhakhak!!!Kalaula yang kat bawah ni betul, harusla Syukur Alhamdulillah kan...Amin la untuk diri sendiri!!!



 Mode: gedik melanda. **haiya, berapa kali dalam sebulan ehh mode gedik.. Asyik2 gedik je. huhu!!!

congrates to lie & sara...

Hari ni pergi majlis kawin Hasli Ramli. Haih, majlis kawin orang lain lagi. Bak kata my brother, jeji," mu ni sejak aku dok sini, rasa tiap2 minggu gi majlis kawin orang" hah, memang penipu besar la. Perumpamaan dia memang over giler. Mana ada pergi majlis kawin sapa tiap2 minggu. Sebulan sekali pun tak pernah seyy. Apa daa!!!

Apapun, congrates to lie & sara. Semoga bahagia hingga anak cucu. Dah, sorang bujang lagi tak ada. Bak kata Tan "emm tak ada dah sorang lelaki bujang. Tu la dulu tok sir mengurat lie" haha. Apa la. Lie pun tak sir ehh kat sek2 tok segar ni. Gambar kat bawah ni kitaorang bergambar dengan wife lie je. Lie nya x ada sebab pengantin sibuk dok angkat pinggan mangkuk. Haih, ni 1st time tengok pengantin berpeluh2 angkat pinggan & gelas bagi tetamu. Bagus sungguh la. Dapat 2 title. Lie si pengantin & ahli jong kako. Payoh nak jumpa yang cam ni. 1 dalam 1000 ni. Tapi dah terlepas kat orang lain plak dah. Haha!!! Apapun, semoga kehidupan berumah tangga akan diberkati Allah sentiasa. Amin!!!


mulut oh mulut...

haih...mengeluh lagi!!!haih..lagi & lagi.

I always try to control my  'mulut' to stop talking about someone. Geram pun, sabar saja lah. Tahan & tahan. Tapi selalu je out of control bila bercakap pasal yang sorang tu. Sorang ni je lah kalau mulut nak jadi jahat pun. Adoi la. Tension la tengok dia. & sorry to say, i cannot respect him although he is 20years old  more than me. Aiyoo, bila lepas bercakap pasal dia rasa berdosa. Tapi bila sudah geram, mulut i pun keluar macam machine gun. dum dam, pot pet pot pet!!!Geram la. Gerammmmmmmmmm!!!Dengar dia cakap pun i dah geram. Dengar suara pun dah tak suka. So that's why, i selalu elak tgk muka dia or seboleh2 tak akan cakap dengan dia. Apa yang keluar dari mulut dia walaupun tak ada kaitan dengan i, i akan tak suka. Sungguh, x boleh dengar suara dia.

Dah tahu, kadang2 apa yang dia cakap, tak sama dengan action dia. Ok, i know it. Tapi kata2 dia tu memang menghiris hati sungguh la. Ni la katanya, kata2 bagaikan pedang ni. Sakit hingga ke ulu hati. Dah buat post ni dulu kat sini. Tapi ni buat lagi bila kegeraman datang melanda. 

So peringatan untuk diri sendiri la, tak kira dengan siapa, hormat orang lain juga. Tua atau muda. Jangan ingat dah tua, so tak perlu hormat orang muda. Kalau tak, jangan harap la yang muda nak hormat kau. hah ambik!!! Walau tak suka orang tu pun, jangan la cakap kasar2. Jawab elok2. Diam lebih baik rasanya. Tak dapat dosa kan. Mulut oh mulut. Lidah lembut, tapi sekali cakap, bisanya tajam menusuk ke hati. Chewah!!!tapi bolehla bagi perumpaan ni kat orang tu.......haih!!!