Sunday, 19 February 2012

Rindu...



Bila tengok gambar ni fb, tiba2 jiwa rasa rindu. Waaa rindu!!!Sungguh la rindu zaman ni. Zaman kegemilangan kot. Zaman belasan tahun. Zaman muda sweet 17...

Macam baru semalam je habis SPM & tinggalkan Naim. Padahal, tahun 2012 ialah tahun ke 11 i tinggalkan Naim. Ya Allah, dah lebih 1 dekad dah!!!Memang masa cepat sangat berlalu. Kat sini belajar banyak perkara. Rasanya baru je semalam belajar nak basuh baju & kasut sendiri. Rasanya baru semalam belajar beratur bila nak mandi & makan. Rasanya baru je belajar hidup tanpa keluarga & belajar hidup dengan kawan. Rasanya baru je belajar makan makanan yang dimasak dari kawah. Rasanya baru semalam kena marah dengan mudir sebab tandas tersumbat. Rasanya baru semalam belajar untuk qiam & tersengguk2 kat masjid sebab mengantuk solat sunat tasbih. Rasanya baru je semalam berebut nasi lemak kat dewan makan then lepas tu tidur dalam kelas, rasanya baru semalam kena marah dengan warden sebab buka tudung kat kelas prep & rasanya baru je semalam kena paksa basuh toilet & taman kelas. Waaa bila diingat2, memang rindu sungguhlah. Aloh, touching la plop. Tu tak termasuk kenangan dengan gang2 kat naim dulu. 


Hikmah di sebalik kena turun kelas masa form 3, memang memberi kesan yang amat. Sebab dari turun kelas ni lah, jumpa dengan saing2 hok sekepala & sejiwa. Rindula kat Mc La, Enon, Mc Hae, Mc Deck, Hanim, Amani, Mc Z, Enin, Eeja, Haiyu, Mirah, Eiyna & Mc Sah...Kami siap2 ada baju sama lagi dulu. Siap tulis nama2 kat baju. Tapi yang i  paling rapat ialah dengan Mc Hae kot. Memang boleh cerita apa sahaja kat dia. Masa tingkatan 4 pun selalu tidur dengan dia kat Dorm B..Katil yang single tu boleh je muat 2 orang masa tu. Kira i macam setinggan la ni. Waa nostagianya!!!!

Then rindu jugak dengan ahli dorm G, N, A & R. Kat kelas plak rindu kat rakan sekelas 1UH, 2UA, 3UH, 4UH & 5UA. Macam2 kenangan la dulu. Ada yang pahit, ada yang manis, ada yang masin & payau & semuanyalah. Lepas tu, rindu kat dewan makan juga (tempat lepak kami paling utama), kat taman2 naim, kat masjid An-naim, kat koop, kat kantin, kat tepi longkang tepi padang (sebab selalu je lepak kat tepi longkang, nak2 time sukan) & kat cikgu2. 


Dulu kat sekolah, i memang low profile habisan la. Cikgu pun tak kenal. Pegang jawatan pun dok ehh. Tapi memang berterima kasih dekat semua cikgu. I memang pemalas, tapi berkat doa cikgu tak putus2, dapat juga result yang boleh dibanggakan sebagai seorang yang malas ni. PMR dapat 7A & SPM dapat 8A. So boleh masuk matrix & UKM. Bila diingat, memang rasa rugi tak study betul2. Otak i ni bukan la lembap sangat, tapi dek kerana nafsu malas melebihi rasa nak cemerlang masa tu, so jadi la gini. 


Tapi memang tak boleh la tengok gambar atas. Touching & teringat. Dulu masa form 5, Dataran Tarbiah ni taman kelas i. Tiap2 hari juga akan lalu kat sini nak ke kantin, nak lepak, nak balik dorm. So memang ceritanya banyak kat sini. & tiap2 hari juga semua warga Naim akan berhimpun kat sini pagi2 untuk perhimpunan. Sekolah orang lain berhimpun 1 kali seminggu, tapi kami akan berhimpun setiap hari. Tulah, bila tengok gambar, memang teringat yang amat...Rindu!!!Miss Naim...Proud to be Naimians!!!







No comments:

Post a Comment