Monday, 27 February 2012

alah......

Resdung...Resdung...Sebab resdung ni kuat sangat, so alah dengan banyak benda. Dengan habuk pun alah. alahai kasiannya kat saya!!! Sebab ni cerita sedih, so paste gambar je lah benda2 yang alah ni.


Sedihnya kan alah dengan the king of the fruit ni. Tapi memang tak boleh makan la. Makan je, on the spot, time tu juga sakit tekak melanda then terus rasa selsema. Ntah. Dulu ok je makan, tapi sekarang dah tak boleh makan. Sedih bila musim durian melanda. Dulu sebiji durian boleh je habiskan sengsorang!!!2 biji pun boleh kalau durian kampung yang kecik...Sedih!!!




Udang pun!!!Waa...Bila makan kat 4 season ke, ritz boutique ke, payang serai ke..mmg confirm la tengok je orang makan. Kalau order butter prawn, amik butter je la makan. Kalau ada udang dalam nasi goreng ke, char kuey teow ke & sup or tom yam, so orang sebelah yang untung dapat extra 2 3 ekor. Sedih!!!


Bila teringat sotong, teringat kat sotong makan kat rumah mek k.na ari tu. Sweet meh!!!Sotong segar bugar. Baru je tadi makan seekor sotong kat rumah k.na. Lepas gian. Sedap la tengok Adam makan. So tak boleh nak tahan dah. Sekarang ni dah rasa cam nak demam & gatal2. Entah, maybe sebab fikir kot. Kalau tak fikir, rasanya tak ada apa. Tapi memang jarang makan sotong jugak sebab nak elak resdung. Tapi boleh la kalau nak makan sikit2 kot. Better than prawn. Dan tiba2 teringat sotong goreng celup tepung kat Perlis dulu.. Waa marvelous sungguh!!!




Debu. Yang ni memang confirm la akan selsema. Gatal hidung sungguh kalau terkena habuk. Tapi habuk jalan raya, ok pulak. Tu sebab habuk pun kasian kat i, si minah rempit. Kalau tak naik motor, apakah lagi kenderaan yang ada buat masa sekarang. Haih!!!

4 benda kat atas antara yang alah. Yang lain, minor je kot. So tak kenal pasti sangat. So jarang benor makannya. Elak!!!Sebab kalau dah kena serangan resdung, alahai kasian la kat i ni. Gatal hidung yang teramat, gatal muka yang teramat, mukus penuh dalam hidung. Nak teruk lagi, seharian akan bersin & selsema. Nak teruk lagi, selsema, gatal seluruh muka & demam sekali serta sakit tekak. So, better kawal la semua benda kat atas ni dari menderita. Ramai la yang cakap, hilang nikmat hidung tak dapat makan durian, udang & sotong. Ohhh nak buat cam ne. Azab semasa kena resdung memang sangat teruk!!!Ni pun rasa cam gatal2 seluruh muka & sakit di hidung. Redha je la!!Sabar itu separuh dari iman.

Wednesday, 22 February 2012

terfikir....

Emm dah jumpa pilot, dah post cerita agak gatai cket....so ni kira berfaedah la juga...

Emm tiba2 terfikir. Dalam banyak2 juta tahun bumi dicipta Allah, sejak zaman Nabi Adam lagi hingga la sekarang, aku dipilih Allah sebagai umat akhir zaman. Ya Allah, memang terpilih kan. Dah berjuta2 manusia hidup & mati, aku dipilih untuk hidup di zaman yang penuh mencabar ni. Memang betul2 akhir zaman. Tanda2 kecil kiamat juga dah lengkap. Tunggu tanda2 yang besar je.

Tapi takutlah bila difikir2kan. Dengan imam yang senipis kulit bawang ni, asyik2 dengan dunia je, tak tahu apa nasib di sana. Memang la kalau tengok orang lain kat fb tu, yang soleh2 & solehah, memang aku ditinggalkan bertapak2 kat belakang. Tgk kat wall Wardina (very impress her) pun rasa ditinggalkan jauh sangat dari dia. Apatah lagi nak tengok keperibadian Siti Khadijah kan??


Juga terfikir, kalaulah aku hidup di zaman Nabi Nuh, adakah aku antara orang yang naik kapal ataupun yang ingkar dengan perintah Allah? Juga terfikir, kalau aku hidup di zaman Rasulullah, adakah aku orang yang menentang Rasullullah ataupun orang yang berjuang dengan bersungguh hati untuk Islam. Emm, terfikir la banyak benda. So luahkan kat sini. 

Tapi memang bersyukur dilahirkan dalam Islam dan sentiasa ada niat nak ubah diri. Gagal pun, bangun je sedaya boleh untuk ubah diri. Ubah sikit pun, jadilah. At least tak ada la teruk sangat. At least, setiap malam baca AlQuran walaupun 1 page. Rasanya itupun dah lebih baik. Semoga Allah sentiasa bukakan hati untuk ubah diri walaupun sikit. Tadi masa belek2 buku tiba2 terbaca quote ni. Touching plak. Hihi..

"Jika Allah SWT mencintai seorang hambaNya, maka Dia mengujinya agar selalu mendengar rintihannya"

Allah, betullah Allah sangat suka orang yang berdoa kat Dia. So, siapa yang tak berdoa, memang sangat sombong & rugi...

pilot hansome.....


kehkehkeh!!!mood gatai ni. kebetulan jumpa gambar ni kat net...oho, hansomenya pilot ni. Kapten Adam Mukhriz Gallespie (ni pun nak buat post dalam blog ehh)...Siap2 kapten lagi tu. Dalam buku ada tak ehh tulis dia kapten ke co-pilot???dah tak ada keje la ni kan. Tapi macam skema giler am siap bertie2 & berbutang2 sampai atas bagai. Bukan zaman muda am ni nakai tahap tak ingat ke....oke!!!Stop membebel benda bukan2lah...

Tuesday, 21 February 2012

healing proses ke ni???

2 3 menjak ni, glamour pad & pantiliner jenama di bawah kat opis...
Tapi bila pakai, rasa cam sakit & panas la plak...x selesa. Dah tu, rasa cam nak demam ni. Healing proses ke tu???Sebab pad & pantiliner ni ada negetive ion. Aihhh, badan rasa x selesa ni. Betul ke pad & pantiliner ni baik kesihatan ni???Ya Allah, berikan aku produk yang berkualiti belaka...Grrr satu badan rasa panas ni..Ke sebab tak mandi lagi???

Sunday, 19 February 2012

Rindu...



Bila tengok gambar ni fb, tiba2 jiwa rasa rindu. Waaa rindu!!!Sungguh la rindu zaman ni. Zaman kegemilangan kot. Zaman belasan tahun. Zaman muda sweet 17...

Macam baru semalam je habis SPM & tinggalkan Naim. Padahal, tahun 2012 ialah tahun ke 11 i tinggalkan Naim. Ya Allah, dah lebih 1 dekad dah!!!Memang masa cepat sangat berlalu. Kat sini belajar banyak perkara. Rasanya baru je semalam belajar nak basuh baju & kasut sendiri. Rasanya baru semalam belajar beratur bila nak mandi & makan. Rasanya baru je belajar hidup tanpa keluarga & belajar hidup dengan kawan. Rasanya baru je belajar makan makanan yang dimasak dari kawah. Rasanya baru semalam kena marah dengan mudir sebab tandas tersumbat. Rasanya baru semalam belajar untuk qiam & tersengguk2 kat masjid sebab mengantuk solat sunat tasbih. Rasanya baru je semalam berebut nasi lemak kat dewan makan then lepas tu tidur dalam kelas, rasanya baru semalam kena marah dengan warden sebab buka tudung kat kelas prep & rasanya baru je semalam kena paksa basuh toilet & taman kelas. Waaa bila diingat2, memang rindu sungguhlah. Aloh, touching la plop. Tu tak termasuk kenangan dengan gang2 kat naim dulu. 


Hikmah di sebalik kena turun kelas masa form 3, memang memberi kesan yang amat. Sebab dari turun kelas ni lah, jumpa dengan saing2 hok sekepala & sejiwa. Rindula kat Mc La, Enon, Mc Hae, Mc Deck, Hanim, Amani, Mc Z, Enin, Eeja, Haiyu, Mirah, Eiyna & Mc Sah...Kami siap2 ada baju sama lagi dulu. Siap tulis nama2 kat baju. Tapi yang i  paling rapat ialah dengan Mc Hae kot. Memang boleh cerita apa sahaja kat dia. Masa tingkatan 4 pun selalu tidur dengan dia kat Dorm B..Katil yang single tu boleh je muat 2 orang masa tu. Kira i macam setinggan la ni. Waa nostagianya!!!!

Then rindu jugak dengan ahli dorm G, N, A & R. Kat kelas plak rindu kat rakan sekelas 1UH, 2UA, 3UH, 4UH & 5UA. Macam2 kenangan la dulu. Ada yang pahit, ada yang manis, ada yang masin & payau & semuanyalah. Lepas tu, rindu kat dewan makan juga (tempat lepak kami paling utama), kat taman2 naim, kat masjid An-naim, kat koop, kat kantin, kat tepi longkang tepi padang (sebab selalu je lepak kat tepi longkang, nak2 time sukan) & kat cikgu2. 


Dulu kat sekolah, i memang low profile habisan la. Cikgu pun tak kenal. Pegang jawatan pun dok ehh. Tapi memang berterima kasih dekat semua cikgu. I memang pemalas, tapi berkat doa cikgu tak putus2, dapat juga result yang boleh dibanggakan sebagai seorang yang malas ni. PMR dapat 7A & SPM dapat 8A. So boleh masuk matrix & UKM. Bila diingat, memang rasa rugi tak study betul2. Otak i ni bukan la lembap sangat, tapi dek kerana nafsu malas melebihi rasa nak cemerlang masa tu, so jadi la gini. 


Tapi memang tak boleh la tengok gambar atas. Touching & teringat. Dulu masa form 5, Dataran Tarbiah ni taman kelas i. Tiap2 hari juga akan lalu kat sini nak ke kantin, nak lepak, nak balik dorm. So memang ceritanya banyak kat sini. & tiap2 hari juga semua warga Naim akan berhimpun kat sini pagi2 untuk perhimpunan. Sekolah orang lain berhimpun 1 kali seminggu, tapi kami akan berhimpun setiap hari. Tulah, bila tengok gambar, memang teringat yang amat...Rindu!!!Miss Naim...Proud to be Naimians!!!







waiting for the perfect man....



wakakaka!!!memang nak sukow golek2 bila tgk gambar yang my jiran tag semalam kat fb..wanita di atas ni sampai dah jadi tenggorak dah tunggu ideal soulmate dia...Ni mesti jiwo2 nak perfect man sungguh ni. 

Memang kena dengan gambar la my jiran tu tag kat i, nurul & da...Yang kuha tu out of the group sebab dah ado gewe..ni yang tak ada ni, dah la umur pun dah tua, cis ada hati nak memilih lagi. Yelah, memang audit team semua ada masalah ni. Sedarlah wajai odit team, umur dah lanjut ni, pilih je la mana yang datang dulu, rembat je lah!!!Tapi bak kata tan swee kim, usah kan yang ideal, yang sisa2 pun tok sir ko sek mu ni.huhu!!!

Tapi memang kami ada masalah. Mana tak ada masalah, sume nak lelaki idaman malaya kononnya. Sorang tu nak pilot beriman la ala2 memang perfect habisan gaya Adam Mukhriz, sorang tu siap cakap kat mak, mesti nak yang putih, yang hitam sila jangan masuk meminang, yang sorang tu, nak yang kaya raya, kerja office, kalau penjual sayur ke, penjual ikan ke, walaupun kaya tok sir sebab x sedap mata memandang & busuk. Pas tu, kriteria lainnya, peguam tak sir sebab peguam ni banyak auta, akauntan & oditor or yang kerja terlibat dengan tax pun tak sir sebab nanti gaduh kat rumah. Yang keje profesioanl tok sir, yang kerja kerani ke office boy ke, confirm2 memang reject...So????Memang odit team betul2 ada masalah sampaikan aku pun terjangkit sama...haha!!!!

Bak kata my jiran, selagi mentaliti ni ada dalam diri semua odit team, so jangan harap la kitaorang  boleh jumpa dengan lelaki yang boleh dijadikan hubby. Choosy sungguh la. Patutla tak jumpa2..Memang malang jumpa 1 gang yang 1 kepala!!!!haha..........

Sunday, 12 February 2012

adam & hawa...

Ni tajuk bukulah yang ntah berapa kali dah khatam. Siap ingat lagi dialog2nya. & scene apa lepas ni. Tadaa, kat bawah ni buku yang dimaksudkan..


Amik gambar cover belakang sebab ada cik ted. Ngehngehngeh!!!Haha...Teringat la kat buku ni sebab dah tahu siapa hero & heroin yang nak berlakon dalam drama dia nanti. So bagi komen kat sini. Nak komen kat fb kang, nanti seluruh dunia tahu yang haku ni obses kat buku nih. haha!!!Yang mengarut2 jange diwarwarkan kat satu dunia. Sini, semua orang tak tahu aku dok merepek sorang2...kehkehkeh!!!

Baca buku ni ntah tahun bila. Tapi masa kat U kot. Tu pun pinjam. Bila baca 1st time, wah meroyan beb kejap. Wah bestnya, bestnya!!!itu lah feeling masa tu. Baca start pukul 10 malam kot, then sampailah 4 pagi lebih kurang. Tak habis jugak, tapi sebab mata dah mengantuk time tu, so lena. Then pukul 8 pagi bangun sambung. Wah boleh plak bangun. Biasanya, kalau dah tidur pukul 4 pagi, pukul 12 t/hari pun belum tentu boleh buka mata. Bagus sungguh la kalau buat kerja yang tak berfaedah macam ni. Disiplin sungguh. Cuba try kalau stay up for the good thing, macam baca buku ilmiah ke, huh!!! jangan harap nak stay lama. Memang 5 minit je tahannya. kok pun tak sampai. Lena sungguh lepas tu.

Tapi nostalgia jugak la baca buku ni. Sebabnya buku ni lah yang menyebabkan diriku meroyan kat pilot sampai skang tak kebah2. Huh!!Padahalnnya dah berapa kali cakap ni, pilot tu drebar je!!!Grrrr..Sampai skang jugak la dok cakap nak lelaki cam Adam Mukhriz Gallespie tu (entah betul ke dok ejaan ni). Sebab dah over tepu baca buku ni, so skang ni tengok je lah bukunya kat rak buku (ini buku yang dicuri dari bilik anak sedara). So before dia balik, sekadar buat hiasan la kejap kat bilik ni. Tapi rasanya tak baca dah kot. Kalaulah meroyan sangat nak baca, rasanya belek2 je part2 interesting. Tak adanya tiba2 naik angin nak baca dari page ke page. Dah over tepu sampai ingat la semua dialog2 & nama2 watak dalam ni. Memang besar sungguh penangan buku ni. Bila dah terover tepu ni, tiab2 rasa feeling, ehh biasa je ceritanya. haha!!!

So lepas ni, buku Adam & Hawa ni akan diadaptasikan ke drama. Memang can't wait. Tapi sekarang shooting pun tak lagi. So mahunya lagi tahun depan baru nak tayang. Dah la tayang kat Astro. Biasanya kalau cerita Astro, lagu latar dia memang hampeh la. Then i plak Astronya tak ada. So alamatnya tengok kat internet je lah. Drama ni berepisod 80. Huih, banyak sungguh. Kalau la Astro tayang 1 episod je seminggu macam cerita Bicara Hati, mahu tahun 2014 baru habis tayang. Entah apa la yang nak diceritakan. Pastinya akan meleret2 & tambah2 scene. Scene tadika je maybe dekat 20 episod agaknya. Yelah, dah banyak2 episod, memang confirmlah banyak plotnya mace cerita indon tu. Dah siap2 nanti akan ada shooting kat India lagi. Entah scene apa kat India tu. Dalam buku tak ada pun. So nantikan jelah.

Ni gambar Am & Ain yang bakal berlakon nanti. Ntah ngam ntah tak.


Yang Am tu ok sebab memang Aaron ni rasanya sesuai kot nak pakai sut pilot tu. Yang Ain plak, tak pasti. Pernah la jugak tengok Nadiya Nisaa ni berlakon dalam cerita Cun. Tapi, haku tengok Cun pun tak habis. Bosan lorh. Dalam ombak rindu pun dia berlakon tapi hanya untuk 5 minit kot. Tapi dia dah menang anugerah, so kira ok la kot ehh. Tapi sungguhlah, memang rasa cam tak ngam. Huhu!!!Macam haku plak yang jadi pengarah ni. Kuikuikui!!!Tapi ok kot eh amik dia dari Memey ke, Nabila Huda ke, Fasha Sandha ke...

"Hawa diciptakan dari tulang rusuk Adam, bukan dari kepalanya untuk dijadikan atasannya, bukan dari kakinya untuk dijadikan alasannya, melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya, dekat pada lengan untuk dilindunginya & dekat di hati untuk di cintai"

"My love for you dies when the last petal of these roses falls"
(Ni bukan ingat, tapi pergi belek buku & copy cat..ngehngehnegh!!!!)

haha, touching, touching!!!dulu tu kira touching giler bila baca 2 quote ni. Yelah, memang la penulis buat watak hero tu sungguh2 la lelaki idaman malaya. Dah la akhirnya Am tu jadi beriman plak. That's whylah gila kejap. Sebab rasa buku ni best giler, so bila baca buku lain, rasa tak boleh nak tanding dengan buku ni kecuali AA & BB. 

So sekian untuk ulasan buku kali ni. Next, buku lain plak if ada yang best jugak!!!!

Friday, 10 February 2012

update sokmo...

Tadi berskpye dengan my niece aka inchi follower yang sorang tu. Katanya, blog chu aktive sungguh la skang ni. Kejap2 ada post baru. So i balas kat dia, mana tak updatenya dah seharian haku ni dok melangut tak tahu nak buat apa kat rumah ni. Selain berinternet, rasanya aktiviti hari minggu dah tak ada ehh. Jangan harap nak masuk dapur kalau ma tak tempik satu rumah suh tolong dia. Itupun, suh tolong benda2 basic je...kupas bawang!!!cit, langsung tak mencabar la. lepas tu, suh potong sayur & goreng ayam...ala, memang dah biasa sangat la. Sambil2 menggoreng pun, sempat je i berinternetnya. So setakat nak tulis cerita merapu kat sini, meme bulih sangat la. Time menggoreng plak, buka api pun ala2 kecik je. Kononnya nak bagi ayam tu masak luar dan dalam. Padahalnya, sambil dok menggoreng, buleh menerewang buat keje lain. hihi!!!Tapi memang haru la. I memang tak ada minat nak masuk dapur. Memang rasa geram sungguh kalau ma suh tolong dia. Tapi itu tak bermakna tak tolong la, dalam dok geram tu, bangun je jalan terkedek2 pergi dapur. Tapi dalam hati, grrrr tak mau, tak mau!!!Adoi, kalau buat akaun, seharian pun boleh dok mengadap calculator & ledger tu. Tak balance 1 sen pun cari. Lagi geram kalu ma suh goreng untuk anak kesayangan dia yang sorang tu. Tak leh nak lengah2 masa dah. Kalau dok, habis kena sembur, kang seharian haku plak moody ari tu. So memang kesabaran diperlukan kat sini. Jangan melawan sudah la. Diam je, diam je lah farah!!!bila dah start menjawab, nanti menyesal tak sudah. & kalau dah bercerita pasal tu, nanti ada je yang keluar cerita2 & ayat2 yang tak best. Kata nak jadi muslimah solehah.So, diam la lebih baik!!!

My niece also cakap dah gemuk!!!oho, pok jaa pun cakap gemuk. Mana tak gemuk dah aku telan segala mok niko makanan 2 3 menjak ni. Dah la dok KB lansung tak stress cam dok KL. Traffic jam tu tak ada ehh sebab i ni minat rempit. Jem la seteruk mana pun, i dengan senang hati boleh celah2 kereta. So boleh la senyum2 kat pemandu kereta BMW masa ni. Ko punya kereta mahal pun, stuck kat jem jugak. So baik naik motor kapcai cam i kan. Tu time jem la, time hujan, gang dia plak yang dok simbah air hujan kat i. haru!!! Selain tu, 2 3 hari ni dok telah chocolate vochell 2 3 kotak dah habis. Semalam plak 2 biji donut big apple pun dah habis telan. Hari ni, pagi2 lagi dah minum duch lady perisa chocolate & petang ni dah makan ice cream chocolate. Bukan sikit, banyak sampai kena cirit birit. 1st makan, makan ice cream dalam cone. Tapi sebab cone tu cinonet khas untuk kusyad je, so letak ice cream dalam mangkuk. Tak puas dalam mangkuk, dengan bekas ice cream sekali haku angkut masuk bilik. huhu!!Dah tu, tidur pun berjam2 sampai kadang 12 ke 13 jam. Memang la bam bam naik ke muka. Tapi pok jaa kato bam bam cute cikit dari kurus keding!!!haha..***cover

Ni bercerita pasal jodoh plak. Kenapa still tak dok gewe kan???oho, ni sebab gen keluarga i kot. Yang sepupu perempuan (sebelah abah la) boleh dikatakan 97% kot kahwin sebab family arrangement. Oke, oke, check kat bawah jap...Joms!!!Cheh siap ada bullet...
  • Start dengan k.nah: emm tak tahu la dia kahwin dengan arwah Wan Ismail (tiba2 lupa nama panggilan) tu bercinta atau family arrangement. Tapi family kot ehh..
  • Then k.long aka umi: ni pun family arrangement jugak.
  • then my sist aka kak nimah: hah ni confirm 100% cikgu hakimi tu family arrangement. Masa my sist kawin, i baru tadika masa tu. Tapi still ingat la yang my sist dirisik then my brother in law malu2 bila mula2 masuk family i. ngehngehnegh!!!
  • k.na abe pa: ni pun family arrangement jugak.
  • cik anis: hah ni confirm 102% family arrangement.
  • k.dah: rasanya k.dah ni bercinta kot ehh.
  • k.ya: ni tak confirm. 50%-50%. tapi sebab nak menaikkan percentage family arrangement, so kira family la.
  • last k.jah: ni pun sama la. Doktor pun susah nak dapat gewe disebabkan gen family kitorang jenis tak bergewe ni. Adeh!!!
  • me: bercinta aka family arrangement???harapannya boleh jadi gang k.dah la. Tapi kat mana nak cari ni???gggggrrrrr!!!
Kan betul???sebab gen Y family kitaorang ni memang solehah semuanya, jenis family arrangement, so tak adanyalah nak bergewe ko apo. That's why la diri ku ni tak jumpa2 sape. Yang family belah ma semua tak kawen lagi la sepupu perempuannya. Paling tua pun k.long ayah we. Tu pun tak tahu ado gewe ko dok. Paling kecik, si fatiha tu. Adeh!!!tu zaman millenium baru kawen tu. Adoi!!!

Sekian sesi merepek aka lebihan masa hari ni. Jadual esok, tak tahu lagi. 


Thursday, 9 February 2012

1 ended, 3 to go...

oke, ni post saje2 tak ada kerja..kehkehkeh!!!

Yesterday was the last episod for Gemersik Kalbu. So yang 1 ended 3 to go tu pasal cerita2 yang sedang ditonton kat TV lah. Ada lagi 3 cerita yang sedang bersiaran seh...Vanilla Coklat, Ariana Mikhail & Bicara Hati. Hopefully, ganti cerita Gemersik Kalbu ni tak adanyalah nak ikut setiap petang. Ni sebab cerita novel yang jadi terikut2nya. Kalau tak, rasanya tak ada meroyan sangat kot ehh. Actuall, all the story sudah melepasi klimaks cerita dah. So cerita pun dah makin menurun dah pun. Tak ada lah sampai tak sabar gila nak tunggu next week, next week & next week sebab nak tahu cerita yang selanjutnya. Macam cerita Ariana Mikhail, minggu ni 2 hari berturut2 terlepas nak tengok. So ok je pun. Tengok kat internet pun ok asal dapat tgk. 

Tapi rasa cam rindu plak nak dengar lagu gigit2 tu bila cerita Gemersik Kalbu ni dah habis. Haha!!!lagu yang bila first dengar entah apa2, tapi bila dah 24 episod dok tadah telinga je, jadi sedap plak di pendengaran. Tapi tak adalah sampai nak download & masukkan dalam hp & dengar berkali2. My kakak pun cakap cerita Gemersik Kalbu ni actually cerita lucu, dengar lagu pun dah tahu...huhu!!!

So sebab 2 3 hari ni rindu nak dengar lagu gigit2 ni, so nak paste video la kat sini. hah, ambik nak dengar sangat kan....Layan je lah!!!



Monday, 6 February 2012

what is the meaning of incentive???

Hari ni hari ke 15 sambutan Chinese Nwe Year. So that's mean Chap Goh Meh. Kebiasaan di office i, hari ni haruslah semua staff yang dah kahwin atau still bujang dapat angpow from our Boss...Toche Toche Boss..!!!Bila lagikan nak dapat duit dari boss..hihi!!!

But this year is very different meh!!Ni pun still rasa gigil2 lagi. Betullah tak percaya. Agak2 sebab tahun naga air kot??Adoi, haru kejap. Entah happy, entah konfius...Sungguh perasaan still cam tak percaya!!!Adeh,  macam jumpa kekasih hati je gayanya...

Alkisahnya begini. Hari ni pergi office cam biasa. Yang luar biasanya hari ni, audit team semuanya memakai baju ala2 merah kononnya nak sambut Chap Goh Meh la. Padahalnya, tak ada apa aktiviti pun. Dari 2 3 hari lepas i dok gosip2 ngan my jiran cakap kat dia, bos bagi tak ang pow tahun ni..kata my jiran, wajib la bagi. Tak kan still tak faham bos akan bagi ang pow pada hari last CNY.

So around kol 12 t/hari cam tu, dia dah start panggil staff dia masuk bilik. Start with our senior, Miss Chan. Yang senior lain, tak tahu la plak dia panggil bila lagi. So lepas Miss Chan, entah siapa yang bos panggil. Memang menjadi kebiasaan kat office, bila bos bagi ang pow, setiap orang kena pergi bilik dia seorang demi seorang.

Miss Kee yang panggil i untuk masuk ke bilik bos lepas tu. Mula masuk, ingat terus nak bagi ang pow, rupa2nya dia suruh betulkkan akaun dulu. Cheh, baru je berkobar2 nak dapat duit ni. Lepas bincang tak sampai 5 minit, bos dengan malu2 kucing cakap "emm ni ang paw, macam biasa la & ini satu lagi saya bagi incentive. Jangan hebohkan sebab bukan semua yang dapat"

I memang dah blur time tu. Ok, yang ang pow tu memang sampulnya kurus keding je. So dah tahu dalam tu ada berapa RM. Yang sampul incentive tu memang tebal sungguh. Dalam hati, berapa dapat incentive ni???Berapa? Berapa dan berapa??betul la sangat suspend. I memang tak tahu nak cakap apa kat bos. Just "thank you boss & happy Chap Goh Meh" Entah orang wish ke tak Chap Goh Meh tu. Main taram je. Lantak la. Sebab dah terharu sangat masa tu.

Bila keluar dari bilik bos, Miss Chan tanya, "aikk mu bulih 2 ang pow jugak, ada anak ke??" So i dengan selamba cakap "anak tekak ada Miss Chan" Betullah time tu nampak Miss Chan sengeh2. Ingat dia dapat jugak. Tapi kata My Jiran, Miss Chan just dapat ang pow. Hah!!!Biar betik.Betik pun tak macam ni. Tapi nasib baik la my jiran, Da dan kuha pun dapat juga. So kitaorang tak bising2 la. Tak tahu siapa lagi yang dapat. But kata my jiran, rasanya si empat ekor yang tak segar ni je dapat kot. ehh tak kanlah??tak logik kot...memang tak logik sungguh!!!

Bila petangnya, my jiran memang dah tak sabar nak tahu dalam tu note duit apa. RM 10 ke, RM 1 ke, RM 50 ke kan??sampul incentice sendiri tak nak buka. Nak juga dia suruh i buka incentice i. So i cakap, tak kot RM50. Maybe RM1 ke, RM 10 ke kan. Bos kasi RM100, so sampul tu teballah. My jiran dengan confidentnya cakap, " no, no, i'm very sure, it will be RM50 inside" chewahhh, memang la yakin sungguh. I dengan gaya degil pula cakap, "tak kan la bos begitu tak segar" Balasnya "if betul, mu kena belanja," Then i said "ok, nasi k.wok boleh" So close deal la dengan my jiran.

I pun dengan terkedek2 pergila buka sampul incentive tu. & memang betullah, all note is RM50. Wow!!!Bos dapat durian rintuh ke tahun ni. So my jiran bagitahu " i'm sure, the amount will be RM500 or RM1000" I diam. Memang gaya macam betul. & kuha pun dan mengesahkannya yang duit dalam tu ada RM1000. Astaqfirullah, murah rezeki sungguh la. Tiba2 dapat RM1000. Memang Syukur yang amat!!!

Bila balik rumah, tak bukak tudung lagi i melulu masuk bilik then buka sampul tu. ok suspend ni walaupun dah tahu dapat RM1000. Kalau RM 1000, maknanya ada 20 note duit kertas RM50. Oke, dengan penuh lahap i kira "1,2,3,4,5,6,7,8,9,10,11,12,13,14,15,16,17,18..aikkk biar betul. dah nak dekat 20 keping, tetapi kenapa masih ada banyak lagi note RM50 yang tak kira.ok sambung "19,20,21,22,23,24,25,26,27,28,29,30,31,32,33,34,35,36,37,38,39,40"

Hah, biar betul..RM2000!!!!terus gigil  badan. Memang gigil. Betul la terkejut sampai pucat ni. Biar benar ni??Ya Allah, rezeki sungguh la. Tapi bos baik macam ni, tak sampai hati nak resign plak. Ya Allah, terus tak kata apa2. Terus lepas tu, i start motor ke rumah kakak. Mesti kena gosip dengan dia dulu. Bila cerita kat dia, boleh dia cakap "abishla, boss minat kat mu" eh eh...apa la kakak i ni kan. Buat lawak antarabangsa pun ada. 

Sekarang ni bila fikir, memang rasa tak percaya lah. Tiba2 dapat RM2000. Hujan tak, ribut tak. Gaji pun tak banyak ni. Baru je pos lepas cerita pasal 10 kunci pembuka rezeki. Memang sekarang i'm trying to zikir to Allah always. Alah, pagi & malam je pun. Siang2 macam biasa je dok melalaknya. Betulllah macam kata surah AlBaqarah ayat 152 " Maka ingatlah kepadaKu, akupun akan ingat kepadamu,..."Ya Allah syukur yang amat. Memang lepas ni semangat nak ingat Allah berkobar2 la. Semoga usahaku sentiasa intiqomah, walaupun sedikit je. Insya Allah!!!

Friday, 3 February 2012

~~Pembuka 10 kunci mudah kaya ~~

1. Istighfar dan taubat
2. Taqwa
3. Berserah a.k.a tawakal
4. Menumpukan ibadat kepada Allah
5. Susul menyusul haji dan umrah
6. Menjaga hubungan keluarga
7. Infak di jalan Allah
8. Berbelanja kepada penuntut ilmu
9. Berbelanja kepada orang miskin
10. Berhijrah ke jalan Allah

Summary dari buku "Pembuka 10 kunci mudah kaya" karya Dr Fadhl Ilaahi

layan je......

Wednesday, 1 February 2012

ntah ngeri ke lawak....

Ntah mimpi semalam tu ngeri ke lawak. Tak tahu nak describe cam no. Tapi bila diingat2, rasa cam nak ketawa tergolek2 pun ada. & bila fikir balik, rasa cam syukur je tu mimpi...fuhh!!!

Actually, i jarang mimpi bila tidur. Kalau mimpi pun, lepas bangun memang jarang akan ingat apa yang dimimpikan semalam. Kalau ingat pun, kabur2 je. Tapi mimpi malam tadi rasanya mimpi paling i ingat. Dengan dialog2 sekali ingat. Aisehhh memang mainan tidur sungguh la. Tulah padah tak solat Isyak before tidur.

Memang dah banyak kali tidur dulu then baru solat Isyak. Area kol 3.30 ke 4.00 pagi automatic i akan terjaga dari tidur if tak solat Isyak. Kalau dah solat, haramlah nak bangun qiam ke apa. Kunci jam pun, jangan harap nak dengar kalau dah solat Isyak. Memang tak akannya bangun malam2 untuk solat sunat tahajjud ke apa.

Semalam terjaga dari tidur pukul 3.00 pagi. So pospone2, area 3.30 bangun untuk solat. Lepas solat Isyak lebih kurang 15 minit, so dekat kol 4 tidur balik. Then lepas tidur tu lah mimpi ni. I mimpi I dah kahwin!!!ngehngehngeh!!!tu la gatai sangat buat post nak kawin semalam. Terbawa2 sampaikan mimpi dah ni. 

Alkisahnya, i dikahwinkan oleh keluarga i. Yang peliknya, i kahwin tapi tak pernah tengok muka hubby i. So bila dah sah sebagai suami isteri, my hubby pergi outstation kat Jepun ntah beberapa hari. Ntah, tak tahulah kerja hubby i ni apa. Macam kerja dengan MAS. Nak kata pilot bukan, rasa cam engineer kot. Tapi kena selalu outstation ke oversea. Memang sampai dia ke Jepun pun, i tak tengok muka dia cam ne. So kat mimpi tu tunjuk la i tengah tunggu dia balik dari Jepun. Memang suspend la nak tengok muka hubby sendiri.

So bila dia dah balik, scene i dengan dia kat bilik plak. Memang i terkejut la tengok muka dia cam ne. Memang masa mimpi i ingat muka dia jelas2. Tapi bila dah bangun, rasa cam dah kabur2 dah. Tapi part yang paling i ingat ialah tang gigi dia. adeh!!!memang tak tahu nak describe cam ne. Dengan gigi berkarat, then berlapis2. Aduh!!!dalam mimpi tu i dah panik tengok dia cam tu. Dah tu, dia dah siap2 beruban lagi then badan kurus keding. Siap batuk2 cam orang sakit batuk kering...Then i siap boleh fikir, cam no ni i nak duduk dengan dia. Bukan sehari dua ni. Tapi lama. Memang sampai sekarang i boleh rasa feeling masa tu. Siap fikir2 lagi, orang lain dapat yang hansome, i plak dapat yang cam ni. Haha!!!ade ke patut..

Kononnya i ni nak tunjukkan sifat isteri solehah kan. Tak pelah dia tak hansome pun, dia tetap my hubby. So i layan dialah. Siap2 amik towel kat dia untuk dia mandi. Then ambil baju sepersalinan kat dia, letak atas katil untuk dia pakai after mandi. Tapi before mandi tu i ada lah bercakap 2 3 dialog dengan dia. Lebih kurang cam ni la.

"awak pergi outstation kat mana?" I tanya dia.
"emm jepun" Jawabnya.
"lepas ni nak gi mana plak?" I tanya lagi
Jawabnya "belum tahu lagi" 

Then diam. Masa diam tu, i siap2 leh berangan lagi. Ohh baguslah my hubby pergi oversea selalu, boleh kirim magnet peti. Siap2 terbayang2 lagi magnet peti kat rumah i penuh dengan magnet dari oversea je. Dari eropah plak tu. Then siap2 fikir lagi, kena bagitahu my jiran ni aka Tan Swee Kim. Mesti dia nak kirim  jugak!!!haha...ade ke orang mimpi siap boleh berangan dalam mimpi. Aduh!!!memang sahih 100% my hobby is dreaming. Memang tak dapat disangkal lagi. 

Then lepas tu, i dah tak ingat apa jadi. Tapi part kat atas ni memang ingat jelas. Teruk la mimpi. Memang berdebar tengok muka hubby yang tak hansome. Tapi terpaksa terima dengan pasrah. Bangun tidur je, i menarik nafas lega, Ya Allah, mimpi je. Tak tahu kalau betul macam mana.

The morale of the story: Solat Isyak before tidur, baca 3 Qul, baca ayat Kursi dan doa tidur. Then selawat la banyak2...Sekian.