Sunday, 30 October 2011

NOTHING IN THE WORLD HAS EVER BEEN ACCOMPLISHED WITHOUT PASSION...

~~hujan~~

The monsoon is coming...Yeah!!!This is the time for me to date with the rain coat. & also to date with the 'air hujan'. & this is the time for me to go to office with selipar jepun. Haha!!!i like..........

Minggu ni memang hujan di kala subuh tak berhenti. Pagi ni lagi haru. The whole day hujan. Kalau berhenti pun sekejap je then sambung balik air hujan rahmat membasahi bumi. Kalau dah hujan, maknanya di kala pergi kerja atau di kala balik kerja haruslah diri ini basah. Memang dah kalih dah. Dah 4 tahun dah berhujan & berbasah macam ni.Kalau time balik kerja, ok lah sebab sut kerja memang tinggal nak masuk washing machine je. Tapi kalau dah hujan di kala pagi nan indah, alamaknya terpaksalah bekerja dengan baju yang lembap2. Memang la dingin je satu badan. Ala2 duduk kat cameroon gitu. Dan sejuknya hanya Allah je yang tahu. Nak keringkan baju bukan amik masa 5 minit. Paling cepat (kalau berbaju kurungla) 1 jam baru boleh kering. Aiyoo!!!ni lah gayanya kalau dah jadi minah rempit tu. Tapi apakah daya, merempit is the only way to reach office. Tak ada motor kapcai buruk ni, maknanya tak pergi mana2 la. That's whylah walaupun buruk, memang sangat sayangkan motor yang satu ini...

dedicated to my love DAB 4360 

Really hard to 'NGAM' aka tak ngam

Sungguh....susahnya nak ngam
Kalau boleh ngam sikit pun dah ok kot...
Sikit pun ok...
But our differences is 360 darjah...
How to be patience...
Sebab i'm so degil & keras kepala jugak...
Sebab i like to do what i like to do...But she dont like the most of i like...
This is the first time to handle this coze i'm not at home for 10 years...
Dulu still kecik & kanan2 ribena, n now dah besar...
So now just i cant feel the very uncomfortable feeling..
Sungguh la, tension je bila tak ngam...
Rasa cam tension yang amat...
Sikit pun ok...
Tapi langsung tak ngam lah....aiyooo!!!!how to handle this i dont know...
Still cannot communicate well..Still cannot bertolak ansur jugak...Still cannot go together..
& rasa if i talk, she also cannot understand..
At last, i yang rasa tension & bersalah teramat....
So rasanya keep silence & be patience are the best way..
Tapi tak tahu sampai bila boleh tahan sebab skang asyik2 nak meletup je..& make a sin also..
Really...really...really stress yang amat, yang amat, yang amat....



Thursday, 27 October 2011

Thank You Very Muchhhhhhhhhh Syuhada!!!!



Oke post ni i tujukan khas untuk my old friend named Nurul Syuhada Mohd Yusop (Orangnya kat atas) hehe....i kenal dia masa kat Kolej Matrikulasi Perlis (KMP) 9 tahun yang lalu. Dah lamakan? We were roomates at KMP. Dari mula2 yang tak berapa nak baik sangat sampaikan dah boleh jadi kawan baik & boleh bercerita apa sahaja & until now we still contact each other. Kalau i pergi KL, siapa lagi yang i nak contact kecuali dia. Haha!!!& kalau pergi KL & kalau terdesak nak duduk hotel percuma, kat mana lagi yang i nak stay kalau kat rumah dia. Ngee!!!!Disebabkan i ni selalu je buat muka tak tahu malu pergi rumah dia, so memang family dia dah kenal sangat la kat i. Adoi, malu sebenarnya tiap kali pergi. Yelah, family dia asyik amik & hantar pergi stesyen komuter. Tapi i still juga buat muka tebal tak tahu malu. Asyik2 lepak rumah syuhada juga. 

Kami ni satu kepala dalam banyak benda. Rasanya itu sebab boleh ngam. Kalau kat matrix dulu, kami berdua memang pemalas nak basuh baju. Tunggu sampai 1 baldi penuh or baldi dah tak cukup muatan baru terkedek2 nak basuh baju time weekend. Lepas tu memang alah dengan lelaki, so that's why sampai sekarang still belum berpunya. hihi!!!Lepas tu suka je melepak sambil2 duduk & bercerita. Kalau kat KMP dulu, boleh je melepak petang2 kat kolam. Then jalan2 pusing 1 KMP yang luas tu. Kami juga selalu je berangan nak jalan2. Tapi selalu je tak jadi & benda yang paling sama antara i & dia ialah dua2 buta stereng kereta padahal dah lulus cemerlang time nak amik lesen P dulu. haha!!!Ehh lagi satu persamaan, dia & i suka tgk citer korea. Tapi yang lainnya, dia memang membeli CD yang original & i plak jenis beli yang cetak rompak or copy or download...haha!!!

Apapun Syuhada, i just want to thank you much for helping me especially last week. Alahai, dia siap2 ambil cuti lagi nak teman i pergi interview. Actually, i just want to stay je kat rumah dia sebab memang malu nak susahkan apa2 kat dia & family. But at last, dia amik cuti nak teman i pergi interview & teman i jalan2 before i naik bas ke LCCT. Terharu plak rasanya. Nanti kalau ada masa datang Kelantan okes. i will bring you seluruh pelosok kelate nak???tapi tu pun kalau lulus ujian stereng....hihi!!!sekali lagi, tqqqqqqqqqqqqqqqq damn muchhhhhhhhhh...nanti kita susahkan ko lagi yek!!!!hehe


Wednesday, 26 October 2011

KL again for this month...

KL again...ari tu pergi KL nak hantar my niece kat KLIA. Kali ni berjalan ke KL lagi untuk interview (cerita interview dah tulis pada previous post). Dah la naik flight sorang2. So memang perjalanan kali ni perjalanan solo. So sebab dah solo, i memang dah prepared awal2 novel untuk dibaca di kala waktu bosan keseorangan.

Oke, berbalik pada tajuk, 23.10 tu memang i dah bertolak pergi KL dengan pesawat Airasia AK entah apa2...huhu!!!Actully, niat awal i nak pergi after kerja. Meaning sampai KL dah malam. But my friend bagi nasihat, better for me to reach KL early since i'm alone. Sampai LCCT bukannya ada orang nak datang amik pun. Kena amik bas. So kalau sampai lewat, memang sangat2 la bahaya untuk i yang seorang diri ni. Emm betul juga kan apa yang diorang cakap. So terpaksalah i cuti juga hari ahad tu. 

Pergi airport KB pun ni pun dengan jasa ihsan Miss Tan & Nurul je. Miss Tan bagi i tumpang dari umah  ke office then nurul dari office i ke airport. Huh, memang susah kalau x ada orang nak hantar. Nasib baik juga ada kawan2 yang baik hati. Thanks to them for helping me much. Flight pagi tu pukul 10.45pagi. Tapi my jiran memang dah sound i awal2 yang kol 9.15 lebih kurang dah kena gerak ke airport. Huh, macam la airport tu jauh sangat dari office i. Tapi dari kelam kabutkan, so better early than rushing. Nanti ada yang semput tak cukup udara nak bernafas. Rasanya i sampai airport pukul 9.45 lagi kot. Sampai je, terus masuk departure hall. Lebih baik la tunggu kat dalam dari dok melilau tak tahu nak buat apa kat luar. Dah la airport masa tu memang meriah dengan orang nak pergi haji. So penuh satu airport. Dalam hall tu i buka novel yang i bawa (AA+BB...huh again). Tapi pembacaan tak khusyuk sebab i teringat kat interview esok. So i bukak buku budget 2012. But still tak khusyuk juga sebab bosan tak faham apa2. So i buka novel balik. Then dengar lagu & akhirnya dah kena masuk flight sebab dah nak take off. Tapi tu pun delay 30 minit juga. Kalau tak lagi awal i masuk dalam.


Dalam flight i duduk tengah. Tepi tingkap ialah seorang pak cik & tepi lorong seorang perempuan yang berumur lebih kurang 30an kot. Ishhh baru je berangan nak duduk tepi lelaki hansome, so leh jamu mata. haha!!!or masa duduk2 45 minit tu boleh berkenalan ke apa kan. haha!!!berangan tak sudah la. Tapi rasanya kalaulah lelaki sehansome Aaron Aziz kat tepi i pun, i tak akan layan punya pasal hati dok kalut & takut naik kapal terbang. Aisehh, sindrom lama dah datang balik. Actually, i bukanlah takut menggigil pun. Tapi jantung rasa cam nak luruh je. Bila kapal terbang take off memang rasa kapal terbang tak ada daya nak naik tinggi. Risau kalau2 inchi pilot yang berdedikasi tak dapek nak naikkan pesawat sampai ke langit. Aiyooo, memang imaginasi jauh sungguh la. Dah la kapten pilot & co pilot ari tu bukan beragama Islam. So memang i berani kerat tangan ni yang diorang memang tak baca doa naik kenderaan. Lagi la haru je kan masa tu. Nasib baik tak hujan.  Sepanjang lebih kurang 1 jam perjalanan tu, jantung ni dup dap dup dap je especially time kapal terbang buat corner ala2 goyang kiri kanan. Sayap pesawat ke kiri ke kanan ke kiri ke kanan. Memang masa tu i akan pejam mata rapat2 then berzikir le banyak. Hah time ni malaikat di sebelah kanan i memang sangat sibuk menulis amal kebajikan i. Tapi time ni jelah buat OTnya. Time lain, adoi!!!!


Alhamdulillah, akhirnya sampai juga kat LCCT lebih kurang pukul 12p.m. Tayar plane landing je i ucapkan syukur yang amat. Memang lega sungguh. Keluar dari LCCT cepat2 ke KL Sentral dengan Skybus. Dari LCCT ke KL Sentral ambil masa lebih kurang 1 jam juga depend on traffic. Bila sampai KL Sentral, i solat dulu then makan & beli ticket komuter ke Midvalley untuk lepaking kat MPH. Kononnya nak study untuk interview esok la. Tapi hampeh je bila sampai MPH tu. Bila masuk MPH, kononnya i cari2 la sudut tax. Tapi disebabkan tak tahu kat mana (sebenarnya tak cari sebab hati dah memang nak duduk kat bahagian novel), terus je i meluru ke bahagian novel yang memang i dah sedia maklum kat mana. So apa lagi, buka buku novel, buku agama sekejap, buku motivasi sekejap, buku Rasulullah sekejap, buku cara melilit tudung sekejap & akhirnya abislah hampir 4 jam kat situ. Haha!!!dalam masa lebih kurang 4 jam tu, hanya 10 minit je i buka buku budget 2012. Mood memang la tak ada langsung. Tambah2 bila depan mata ada buku yang lebih menarik hati.


Tapi i memang happy lepak kat MPH walaupun sorang2. Sukanya tengok buku kiri kanan. Haruman buku pun dah macam aromatherapy je. Haha!!!i keluar dari Midvalley around 6. Before tu pekena rotiboy satu. Dah lama tak makan & mengidam plak. I balik KL Sentral,  then makan dulu before amik train lagi ke rumah syuhada di Seksyen 19, Shah Alam. 


Esoknya, after interview, lepaking Midvalley again with Syu. Makan ice-cream Basking Robin semangkuk kongsi 2 orang then lepaking again & again at MPH. Lepak kejap dalam 30 minit. Actually kitaorang banyak main2 je. Main siapa yang dapat 'love note' dari dalam balang kaca. Kononya siapa yang dapat love note tu, maka tak lama lagi akan jumpa soulmate la. haha!!!Apa daa... On da way keluar tu Midvalley, masuk Jusco, window shopping baju, kasut then terus balik ke KL Sentral again.


Kat KL Sentral, beli kelepek kat my jiran, cari ssm@sentral, survey tempat letak beg buka pukul berapa, teman Syu solat then lepas tu lebih kurang 5.30 p.m i terus ambik Skybus ke LCCT. Yehooo nak balik dah!!!happy je bila boleh balik & jumpa beras siam. Sebabnya sepanjang 2 hari ni, perut i ni sebu tak dapat makan nasi betul2. Dalam flight balik, i duduk tepi tingkap. Aisehhh tepi mak cik plak dah..mana la lelaki hansome ni kan. Haha!!!naik flight je i dah berzikir dah. Rasanya sebab tu kot memang naik flight balik ni jantung i cool je. Tak dup dap dup dap walaupun hujan masa tu. Dan mak cik tepi i tu memang la banyak cerita. Dah terlebih peramah plak dia. Banyak plak dia tanya soalan kat i termasuklah umur I. Nasib baik i tak auta dia cakap umur i baru 20. hihi!!!Then dengan ramah juga dia cerita pasal anak2 dia yang dah berjaya dengan kerja bergaji ribu riban. Aiyooo, mak cik ni, kacau mood nak zikir je. hihi!!!Landing KB on time around 10 p.m. Syukur, Syukur!!! Syukur Alhamdulillah apabila perjalanan dipermudahkan & selamat. 

Sambungan cerita Interview...

Previous post dah cerita pasal i dapat interview kat Income tax untuk jawatan Pegawai Penafsir Gred 41 Kontrak. Cerita tu before i pergi interview. Yang cerita ni pasal cerita lepas interview plak.

Alkisahnya pagi interview tu, pukul 5.30 pagi lagi i dah bangun. Aiyooo, memang tahap awal tak ingat ni. Tak pernah2 sebelum ni bangun seawal ni unless untuk sahur je. Tapi nak buat macam mana, memang wajib kena bangun walaupun masa tu memang mengantuk tahap tak ingat. Duduk KL bukan macam duduk KB. Semuanya kena cepat. Semuanya kena kejar. Ni bangun awal sebab nak kejar komuter yang paling awal untuk ke KL sentral & dari situ ambil taxi plak ke Jalan Duta. 

Masa tgh siap2 tu, dah datang aura gemuruh. Aiyoo, dgn tak prepare apa then dengan tak tahu dari KL sentral nak ke Jalan Duta tu sempat ke tak nak sampai before 8.30 pg. Tapi gamble je lah kan. Dan rasanya perjalanan memang sentiasa dipermudahkan. Pukul 7.20 dah sampai kat Jalan Duta tu. Dengan jalan tak jemnya. Aiyoo, awal sangat plak sampai ni. So i & Syuhada lepak2 dulu kat kedai makan nak breakfast. Tapi nak breakfast apa sangat la kalau  gemuruh tu dah melanda seluruh tubuh ni. So pagi tu memang i pekena milo panas je. Sekadar isi perut la. Syuhada yang tak interview tu pun minum air jugak. & Thanks to her for accompanying me the whole day on that day. i really owed her. Lepak2 kat kedai makan tu sambil buka buku budget 2012. Tapi kepala memang tak boleh nak terima apa dah.   Menggigil rasanya sampai ke tulang hijau. Huhu!!!Lepak kat situ sampailah pukul 8.15 then i ajak Syuhada ke blok 11, tempat interview.

I ingatkan i lah orang yang paling awal datang. Tapi bila sampai kat blok 11 tu, dah penuh dewan rupanya. Alamak, semangat plak orang lain nak interview. Tapi i pun bukan lambat. Memang sampai pun on time je. Kat situ, pegawai LHDN tu bagi la ucapan sepatah 2 kata, then lepas tu proses interview dimulakan. 1st tu kena sign kat form bila nama dipanggil then kena amik gambar, tinggi & berat. Yang hampehnya, berat i masa tu hanya 39kg je. Adoila, memang la menimbang berat LHDN ni menipu. Minggu lepas dah timbang & berat i memang exceed 40kg. Tak kan la berat i turun serta merta 2 3 kg dalam masa 1 minggu. Huh, buat malu je bila pegawai tu baca kuat2 yang berat i x sampai 40kg pun. Kat sini pun dah nampak dah fail dah. huhu!!!

Then lepas tu, i dibawa ke blok satu lagi untuk interview kat sana. & kali ni thanks to the flight ticket yang menyebabkan i boleh interview awal. So memang akan siap awal since i will be the person no one in my group to be interviewed by the officer. Memang i suka. Dapatlah cepat2 i menghilangkan gemuruh yang ntah apa2 ni. Nanti siap cepat so seksanya habis cepat jugak. Bila kena panggil, i kena bilik no 6. Interviewer ada 2 orang. Sorang lelaki & sorang perempuan. Soalan dia memang banyak tanya pasal kerja i kat office. Jawab pun x ada la lancar pun sebabnya i memang fail kalau bab interview ni. Darah gemuruh je & tak reti nak jawab apa. Lagi fail masa session misi, visi, objective LHDN & semua yang sedarah sedagingnya. Huh, memang 1 habuk pun i tak tahu. Dah study jugak kat internet, tapi tgk sekadar tgk je. So mana la nak ingat kan. Yang Budget tu pun i tak berapa ingat sangat. Adoi!!!Dalam 20minit juga rasanya kena interview then lepas tu dah abis. Yeay!!!Merdeka..........

Harapan untuk interview ni...emm tak tahu la. Macam tak nak sangat post ni. Sebabnya macam tak menjamin. Lagi satu sebab ialah ianya Income tax since i'm not interested to LHDN anymore. Huh!!!tapi tu perasaan je la kan. Yang aku tahu, i need the guidance from HIM...Allah The Almighty. Sebabnya, hanya Dia yang tahu buruk baiknya. Tapi betullah jiwa sekarang macam tak ada feeling langsung untuk kerja ni. Excited or berkobar2 pun tak. Ya Allah, kalau la kerja ni memang baik untuk aku, maka dekatkan lah dan jika ia sebaliknya, maka jauhkanlah. AMin!!!

The best novel hero...

haha!!!oke, baik i gelak dulu puas2 untuk entry kali ni. Ni kalau nak letak spesifikasi apa cerita i ni, kita letak dia di bawah tajuk dreaming. haha!!!i like to dream actually. Tambah2 kalau baca novel. Haru kalau hero novel tu memang yang i suka yang amat. Dalam beribu2 novel yang i dah baca, rasanya the best hero is Benz Aliff then no 2 is Adam Mukhriz. Dulu before baca AA+BB, memang Adam Mukhriz si pilot tu yang duduk di carta paling atas. Tapi bila dah jumpa Benz aka Benji, title Adam dah turun ni 2. Haha!!!Apa la punya entry kali ni. Memang la i betul2 x ada idea nak tulis.

Happy Diwali..

Happy Diwali to my friend, Kuharubane Mohandas...Actually, she is the only one from thousand of my friend is Indian. Last year dah celebrate Deepavali & this year again. So below are the pictures. Emm picture je la post kali ni sebab x tahu nak tulis apa. Ngee!!!




Friday, 21 October 2011

Visiting Tumpat 2011....

Actually even ni dah 2 minggu dah....Just wanna say Congratulations to Haslina & hubby for the wedding...Haslina ni i kenal masa audit akaun company tempat dia kerja. So dah dia account clerk kat company tu, so deal dgn dia selalu & jadi kawan lah. Lagipun, dia ni x cnc jugak. Dulu praktikal kat cnc same batch with my jiran, Tan Swee Kim. Since rumah si Ina ni kat bandar Tumpat, so we (Tan, Ms Chan, Ida, Nurul & me) take opportunity untuk jalan2 kat pengkalan kubor & makan mee cambol dan singgah kat Pantai Geting & Pantai 7. So habis seharian kami melawat Tumpat hari tu.




Culture Shock on Friday....

Adushhh...abislah hari Jumaat yang penuh berkat.

Ceritanya begini. Disebabkan hari Jumaat adalah hari cuti hujung minggu, so i jadi macam culture shock sekejap. Haru sungguh bila seharian tidur je. Habis semua disiplin yang dah dijadualkan sepanjang minggu tu. Solat pun lewat, mengaji pun tak, zikir pun tak. Ya Allah, teruk sungguh. Padahal hari Jumaat adalah penghulu segala hari. Hari Jumaat juga hari yang Allah makbulkan doa hambaNya. 

Bila la i nak berubah jadi yang lebih baik ni. Aishhhh!!!

Thursday, 20 October 2011

Interview...

Last week, i received an interview from LHDN contract post as 'pegawai penafsir'...Emm feeling right now is natural...happy pun tak, berkobar pun tak, sedih pun tak. So memang sampai sekarang pun the feeling is just natural. Betapa susahnya nak buat keputusan nak pergi ke tak interview tu. 3 malam berturut2 i solat istikarah, but still until now i feel confuse & was was. Kejap ok, kejap rasa tak berbaloi dengan habiskan RM300 for the expenses to go KL. 

Disebabkan masa dah suntuk, i have to make fast desicion. So akhirnya i ambil keputusan nak pergi juga. Dah book ticket siap2, tapi sekarang rasa cam berat hati plak. Bukan apa, dah rasa macam dah tak berminat nak masuk LHDN disebabkan selalu deal dengan pegawai diorang. Bukan tu je, selalu deal juga dengan audit2 dari diorang. Alahai, bosannya. Tgk sampul surat income tax pun i dah sign**. Lagi satu i dah macam tak nak kerja gov. Aiyoo, gov staff give me bad impression for the gov sector. Sign again**. Tapi kerja gov memang sesuai untuk perempuan sebab ada banyak masa nak habiskan dengan keluarga. Kalau kerja swasta, memang la malam siang dengan kerja. Adoi....confuse what is the best for me. Confusion confusion confusion....

But i also wanna resign from cnc for the better career & for the sake of CPD hour & for the money money money. hehe!!!mmg mata duitan.Yelah, duit bukan segalanya kan, but with money, i can buy anything . Yang i selalu berangan, nak shopping & treat my family without worrying about money. Then nak bagi zakat ke apa. Nak travel & beli produk for my kecantikan. Satu lagi dengan duit, i wanna buy a car (kancil pun ok asal ada je kereta dari merempit) & for the interior designer & book. Aiyoo memang banyak impian kan. So money so important to me now. Tapi memang i tak ada planning nak kerja kat mana. So until now i really confuse. Dalam hati selalu je sebut nak kerja kat MAS. Kalau tak, MASCargo sebab naturally from depth of my heart, i mmg dah berangan nak kerja MAS dah berabad lamanya. But i dont have confident to apply job there. Yelah, bukan senang juga nak apply kerja kat company besar. I juga tak tahu yang dalam hati i sebut tu petunjuk atau juga angan2 mat jenin. Mana tahu, sebab berangan je, so kerja ni memang tak sesuai untuk i. Really, i need guidance from Allah. Really2 need HIM. I believe all about HIM. Pasti ada hikmah yang tersembunyi untuk i.

Tapi tulah, otak & nafsu kalau bergabung memang la tak jadi apa. Bila fikir2, rasa macam sedih je sebab Allah still tak bagi petunjuk walaupun dah buat istikarah. Adoi, boleh plak i fikir macam ni. Tapi kalau setakat buat 3 kali, so jangan demand sangat. Orang lain buat istikarah tiap2 malam ok. So kalau setakat 3, memang la kena lebihkan lagi solat kepada Allah. Moga2 nanti dia bagi petunjuk what is the best for me & for my family.


Apapun, i wish best of luck to myself for this coming interview on 24.10. Emm tak tahu feeling sekarang nak dapat ke tak. Dah la kontrak je. So redah je lah nanti. Tgk apa yang berlaku. Kalau tak pergi, takut jugak menyesal di kemudian hari. Berdoa kepada Allah semoga jika kerja ini memberi kebaikan dan keberkatan kepadaku, maka dekatkanlah ia kepadaku. Jika sebaliknya, maka jauhkanlah. Insya Allah. Pray for the best from HIM...




Tuesday, 4 October 2011

Byebye my driver aka my niece...

Ok...this wall post memang ditulis khas for my driver aka my niece, Cik Anis Syahirah Bt Mohd Hakimi...Last week, secara rasminya dia dah ambil on leave selama setahun sebab nak balik Mesir dah...sobsobsob!!!susahnya nak meronggeng. Cik driver dah tak ada.hihi!!!

Alkisahnya, memang dia driver rasmi my sist & i. Yelah, walaupun kitaorang berdua ada je lesen, tapi memang hampeh nak bawa kereta ala2 profesional. My sist boleh bawa kereta paling jauh sampai bandar Tumpat je. Yang i plak paling jauh setakat ni sampai Wakaf Bharu. Tu pun lepas dapat lesen terus bawa & my dad yang temankan bawa. Dan bila dah tak ada kereta nak bawa (memang jangan harap nak bawak Datsun my dad masa tu) & tinggalkan lama sangat, terus tak ingat langsung nak bawa kereta. So jadilah i reti nak pusing2 kereta dalam halaman rumah je sekarang ni. Hampeh!!!

My niece plak, jenis yang berani sedikit kot. So, dengan beraninya masa dia balik cuti summer this year, dia bawa kereta sampai KB. Ohh baguslah. Ada la driver i & kakak i untuk shopping. hehe!!! 

Tapi tulah, 2 bulan sekejap je. Last week dia dah balik kampung halamannya di Tanta. Tanta tu terletak kat Mesir. I panggil kampung halaman sebabnya Tanta di memang lebih kurang Dabong je (itu mengikut cerita my niece & bukan pandai2 tambah). So next year plak la my driver ni nak balik ke bandar di Morak. Haha!!!Masa nak pergi hari tu sedih je nampak mukanya. Rasanya lebih 40 kali cakap tak nak balik Tanta. Tapi biasalah, feeling before sampai kampus. I pun masa nak balik UKM dulu lebih kurang macam tu. Bila dah sampai Uni & sibuk dengan study, so terus lupa kat rumah. 


Minggu ni katanya kat fb kuliah belum start lagi. Tak tahu la kenapa Uni Tanta ni tak tetapkan tarikh yang sama untuk semua fakulti. Pening semua orang. I yang dengar ni pun pening juga. Tak pelah, have fun je what Allah give you. Bukan semua orang dapat pergi Tanta. kan???

Apapun, wish her best of luck this semester. Hopefully, u can achieve Mumtaz this semester (ehh sedap plak sebut word Mumtaz tu, tiba2 terfikir nak letak nama my future child...haha). Take care of urself & will miss you incik driver...



KLIA...

Huh, KLIA pun nak cerita. Macam tak ada tajuk yang lagi best kan. Haha!!!

I memang suka pergi KLIA. Entah, naluri semulajadi agaknya. Dulu, masa i belum jejak KLIA, memang la sentiasa sedih je sebab tak berpeluang nak datang melawat KLIA. Memang selalu je ajak sesiapa datang sini. My jiran aka Tan Swee Kim selalu je tanya nak buat apa kat sini. Macam pelik je nak datang buat lawatan muhibbah kat lapangan terbang. Tapi i suka. Bila ehh first time datang sini???emm tahun 2009 kot, flight MAS dari KB - KL. Masa tu nak pergi meronggeng ke Kota Kinabalu.

1st time punya experience of course la teruja. Hah, turun kapal terbang je melilau2 jalan2 kat kawasan situ. Kat KLIA kan memang banyak kedai, dengan ada walklator, restoren,  so memang excited. Lepas tu, jalan2 kat anjung tinjau juga tengok kapal terbang. Macam budak2 je kan nak tengok kapal terbang take off & landing. Tapi tulah, i memang suka. 

Tapi sekarang ni boleh dikatakan setiap tahun i akan jejak KLIA. Tu lah, dulu dah berdoa sangat nak pergi, sekarang Allah dah makbulkan. So bersyukurlah. Pengajarannya, walau apapun pun perkara yang diigini, berdoalah dengan Allah & pasti dia makbulkan. Hopefully, one day i can jejak Europe too. InsyaAllah. 

Last sekali i jejak KLIA masa hantar my niece last week. Dia terbang ke Mesir. Syukur, dia dah selamat sampaipun. Lepak kat KLIA dari pukul 12t/hari hingga 2 petang.Lebih kurang 2 jam juga la. So sempat la nampak 2 3 pilot lalu lalang. Tapi pilot dari oversea. Tak hansome la plak. Haha!!!

Rasanya apa yang i suka dengan KLIA ialah sebab dia menggambarkan suasana orang nak terbang ke luar negara. Dan i plak memang suka berangan nak pergi oversea. So, that's why la teruja nak ke KLIA agaknya. Tak pe, berangan je la nak ke oversea. Insya Allah, kalau Allah izinkan, i juga akan sampai ke luar negara juga. Amin!!! 


KB - KL- IKEA - Bandung

Wah...wah..wah...tajuk post kali ni macam yek yek je i pergi Bandung. Hah, bagus sangat kalau ia memang betul. Tapi pelik jugak kan, dalam nak pergi Bandung tu tiba2 singgah IKEA. haha!!! Hakikatnya begini...dari Kota Bharu, i naik kereta ke KL selama 8 jam untuk hantar my niece ke KLIA. Yang Bandung tu part angan2 yang tak jadi kenyataan...kihkihkih!!!Yang IKEA plak antara tempat yang dilawati semasa i ke KL. 2 hari berturut2 plak tu melepak kat sana. Hah ambik nak jalan IKEA sangat sampaikan dah bosan yang amat nak lepak sana. Tapi next time boleh je nak lepak lagi.:)

Alkisahnya macam ni, minggu lepas my office-mate (Tan, Da, Kuha & Miss Chan) nak ke Bandung sebab office trip. I plak, disebabkan terkena perintah berkurung sejak Sarawak last year, so memang la awal2 dah give up tak nak ikut. Diaorang semua pergi selama 4 hari (28.9 - 1.10). So akan ambil cuti hari Rabu & Khamis. I pun, ikut ambik cuti jugak selama 2 hari tu. Yelah, dah semua audit team tak ada, memang haru la i nak duduk tercongok kat office sorang2. Dah la sekarang kerja tak ada. So by hook or by crook, i kena cuti juga. Tak kisah la melepak kat rumah & tido 24 jam pun. huhu!!!

Tapi kebetulan hari yang sama, my sister ajak i pergi hantar my niece ke KLIA. Ayoo, memang bagaikan pucuk ulam mendatanglah. Cuti dah siap2 ambil, so apa lagi, pergi meronggeng ke KL la jawabnya 4 hari. Memang macam kebetulan yang amat je kan. 

So hari Rabu tu, dalam area 9.30 pagi lebih kurang, kitaorang (my sist's family termasuk i) bertolak ke KL dengan naik Mercedes yang dipandu oleh my BIL dengan harapan sampai KL pukul 1 t/hari sebab lepas tu terus nak lepak IKEA. Tapi angan2 memang boleh. Realitinya, kalau dah 9.30 baru bertolak dari KB, memang poyo sangat nak sampai KL dengan hanya 4 jam je. Dah la my BIL tu memang buta cket jalan KL. Reti sampai tol Gombak je. hehe!!!


Sepanjang perjalanan tu, me, my niece & my nephew 8 jam dok melalak dalam kereta. Adoi, sakit anak tekak eden. Yelah, dah bosan dalam kereta & radio dalam kereta my BIL tu tak boleh pasang, so hanya dengan iPod & HP je la sebagai sumber muzik. I plak, memang la suka menyanyi (walaupun anak sedara cakap suara i tak sedap). So memang 8 jam tu melalak sahajalah. Tak tahulah my sist & BIL tension ke tak. haha!!!Dah la lagu yang dipasang cuma 3 lagu je kot. Sebabnya hanya 3 lagu tu je yang telinga i & my niece nak dengar masa tu. Lagu korea plak tu. So kitaorang berdua memang happy je melalak. Yang orang lain plak yang terlebih tension kot. Patutla my BIL asyik potong double line je. Haha!!! 


Sebetulnya, kitaorang sampai KL lebih kurang pukul 5p.m kot di tol Gombak. Then lepas tu tunggu my BIL punya adik untuk datang ambil kitaorang untuk ke rumah dia di Puchong Jaya. Tapi disebabkan jalan jem or something happened, yang si adik minta my BIL redah sendiri hingga ke tol apa ntah i pun tak pasti. Akhirnya, dengan penuh confident my BIL drive by himself in KL. Alah, confident la sebab jalan lurus je. Akhirnya sampai juga kat Puchong Jaya lebih kurang Maghrib.


Lepas tu, siap2 nak ke IKEA. Kena pergi juga IKEA malam tu sebab my niece nak ikut juga. Esok dah tak sempat pergi dah sebab flight dia pukul 3p.m. So lepas solat & makan malam, kitaorang bertolak ke IKEA malam tu. Malangnya, on the way to IKEA tu jalan jem & menyebabkan kitaorang sampai IKEA dah 9.20 p.m. Yang IKEA plak tutup pukul 10p.m. So rush la kitaorang jalan2 dalam tu. Yang orang lain tak kisah la tak sempat nak jalan pun sebab boleh datang lagi esok hari. Tapi yang my niece ni, kasian plak kat dia. Dah la first time datang. i know the 1st time feeling. Mesti teruja yang amat. Tu yang dia siap2 ambil gambar & berangan2 nak ada rumah macam decoration in IKEA walaupun dalam rush.  I mintak dia jalan cepat2 sebab IKEA ni memang besar. Kalau nak tawaf semua, makan masa 2 3 jam baru habis. Within 40 minutes, so apa sangat yang boleh tengok. Apapun, dia kenal IKEA juga akhirnya. & my sist also kenal IKEA tu macam mana. Tak ada la blur2 bila kitaorang sebut IKEA.


Our journey from KL-KB memang la sangat haru. Kereta Mercedes my BIL tu dah macam tin sardin dah. Ketat yang amat. Walaupun my niece dah keluar sorang dari kereta & barang dia yang boleh muat satu cargo tu dah tak ada, tapi gantian kepada barang my niece lagi banyak kot. Dah la penumpang pun tidak berkurang sebab my brother, Jeji datang ke KL dengan flight & balik dengan kereta. Kat KL tu, i shopping beg troli & kerusi IKEA. My sist plak shopping kotak kat IKEA. Dan yang paling haru, my brother & my BIL shopping skirt kereta & carpet kereta. Ayooo, bonet kereta memang penuh sungguh. Dalam kereta tak yah cakap, dengan skirt kereta pun kena letak dalam sebab tak muat dalam bonet. Sepanjang perjalanan tu, kitaorang di belakang tak boleh bergerak pun. Statik je duduk. Adoi, tension je. Apapun, have a nice holiday. Best plak lepak KL kali ni. Boleh lepak dengan Sue kat Times Square & spent a night a syu's house.


Tapi tak ada plak gambar nak post kat sini. Memang tak ambil gambar pun. Kalau ambil, kat KLIA & IKEA je. Tu pun, ada dalam my niece punya iPod.

Sunday, 2 October 2011

Syawal dah abis....

Pejam celik pejam celik, bulan Syawal dah sampai ke penghujungnya...Syukur Alhamdulillah, habis juga la berpuasa 6 di bulan Syawal ni walapun dengan sedihnya tak dapat pergi ofis terbuka pejabat peguam kat tingkat bawah. Sobsobsob!!!macam sedih je tak dapat makan...haha!!!

Bulan Syawal tahun ni memang la sibuk berofis terbuka. Yelah, di sekitar cnc je, ada 3 ofis buat jamuan hari raya iaitu Sentosa, pejabat arkitek & pejabat peguam. Memang la meriah satu bangunan. Yelah boleh berkenalan di antara jiran tetangga & mengeratkan silaturrahim. Haha!!!baik je bunyinya ayat poyo nak eratkan tali persaudaraan tu. Yelahkan biasanya, kalau berselisih tu, paling2 sopan yang i akan buat ialah senyum je lah. Kalau mood tak ok, buat2 tak nampak. Huh!!!tabiat yang satu ini memang kena ubah. 

Apapun, semoga di bulan2 lain sentiasa meningkatkan amal ibadah. Istiqamah yang pastinya. Walaupun buat sedikit je amal ibadah, kalau sentiasa istiqamah, itu lebih baik dari tidak beramal langsung. Insya Allah.