Wednesday, 31 August 2011

Aidilfitri

Selalu je bagi ucapan " Selamat Hari Raya Aidilfitri" bila dah dekat nak raya. Dan tambahan ayat Maaf Zahir & Batin. Dan tambahan lagi "0-0 ye. Kira halal semua". Tapi word tu macam dah lali je kat mulut tanpa ada apa2 pengertian. Semalam, bila pergi solat sunat Aidilfitri, dalam khutbah tu cakap Aidilfitri bermakna kembali kepada fitrah. Setelah buat banyak dosa selama 11 bulan, then di bulan Ramadhan beribadah semahunya, jadi bila hari raya menjelang maka semua dosa telah terhapus dan kembali suci. Semoga selepas Ramadhan manusia meneruskan tradisi ibadah di bulan2 lain dan menyembah Allah semahunya. Aisehhh baruku tahu. Dah berapa lama hidup ni & dah berapa kali sambut raya Aidilfitri??memang la baru tahu & faham. Tapi nasib baik juga la tahu jugak akhirnya. Kalau tak, memang je sia2 je sambut raya every year.

Tapi memang la sekarang ni rasa hidup kembali kucar kacir. Dah tak 'sewarok' bila Ramadhan. Terus je butang off ibadah ditekan bila dah masuk 1 Syawal. Haru biru la cam ni. Adoilah, memang la tak insaf2 lagi ni. Rasanya kunci nak insaf satu je, mesti kuat menahan nafsu. Memang la menahan nafsu serakah tu amatla susah. Dah namanya jihad fi sabilillah jugak. Jihad bukan sekadar perang je, tapi menahan nafsu jahat pun kira jihad jugak. Dan ini rasanya lagi susah dari segala hal ni. Nak buat akaun pun memang la amat senang berbanding nak menahan nafsu yang jahat. Memang la suka sangat berkawan dengan syaitan durjana. Argggggggggggggggg geram dekat diri sendiri.

No comments:

Post a Comment