Monday, 29 August 2011

The night of 1 Syawal....

Bulan Syawal memangla semua umat Islam di dunia menanti2. Rasanya, dalam 12 bulan tu, kalau 1 pun tak ingat nama bulan Islam, nama bulan ini pasti akan diingati. Ye tak? Alhamdulillah at last berjaya menghabiskan bulan Ramadhan dengan jayanya. Insya Allah jika masih dipanjang umur next year, akan date lagi dengan bulan Ramadhan yang penuh berkat ini dan akan menggandakan amalan lebih dari tahun ini.

Oklah berbalik kepada cerita malam 1 Syawal ni, actually i dont have interesting story to write here. Our celebration just 'wasatiah' every year. Memang tak akan adalah pesta membakar lemang ke, pesta membakar satay ke, pesta membuat ketupat ke. Memang 'nyilek'. Ni pun i keseorangan je kat bilik. My mum tengah sembahyang sunat kot. My dad kat masjid sembahyang sunat tasbih. dan i plak, dok mencoret2 kat blog ni. Memang every year macam nilah. Kalau nak meriah sedikit, my sist & my brother datang lepak2 sambil bercerita. Tapi tahun ni, i keseorangan je. Dan memang itu jelah aktiviti pun. Lain2 memang tak adalah.

Perasaan sekarang memang lega betul. Tadi i prayed Isyak at masjid & after that bertasbih. Adoilah, sayu je hati. Dalam sayu2 tu memang rasa bangga that i'm part of jamaah. Dan dalam pada tu memang rasa sangat kemenangan setelah sebulan berpuasa menahan nafsu. Memang la sedih. Teringat solat terawih walaupun i selalu je rasa malas2 sendi nak solat (tapi i solat terawih juga ok). Pas tu teringat kat 2 tahfiz (ustaz soh & ustaz abu bakar). Sayu2 kedengaran 2 imam ini mengalunkan bacaan AlQuran. If ada umur lagi, next year hopefully i can hear their voice again especially ustaz abu bakar. Deep in love with his voice. That why la boleh je solat sampai habis (haha..terkantoi). 

Apapun, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin. Walaupun sayu meninggalkan Ramadhan, hopefully amalan di bulan ini diteruskan untuk bulan2 lain juga. Insya Allah.

Sunday, 28 August 2011

~~hlovate~~

Orang lain dah berzaman dah dok jiwang2 dengan karya hlovate ni, i baru je bersusah payah nak baca dari buku  ke buku...Memangla kan i ni ketinggalan keretapi yang amat. But better now or never...eceh, ni dah termasuk lagu dari movie high school musical 3 ni...entah ada kaitan atau tak dengan topik sekarang.hihi!!!And back to the  topic, the 1st hlovate's book i read was AA+BB. I bought the book at MPH, Midvalley masa audit ari tu. I ni memang jenis yang gila kedai buku. Memang sangat pantang nampak kedai buku bagaikan kedai tu ada mega sale dengan promosi hingga 95%..oho, memang terus meluru je masuk. & since i in KL, so took the opportunity la kan lepaking at MPH tu. Kat KB mana ada MPH. Dah ada Popular tu pun kira glomour yang amat.


Bila kat MPH tu, apa lagi, memang menggodek la buku2 yang rasa macam best. Buka baca kat dalam, baca sinopsis, belek sana, belek sini. And the thing i like about MPH is you can read book without any disturbance. Lantak la nak baca buku apa, lama mana, ,memang dipersilakan buat macam kedai sendiri. So bila dah godek2 buku tu, i terpegang buku AA+BB tu. Dan sangat pasti punya i tak akan beli buku tu. Really, i never heard about hlovate before this. Memang la i ni tak boleh nak cakap seorang gila kedai buku lagi sebab penulis yang ala2 glomour cam hlovate pun i tak pernah dengar. Ohh maybe sebab setiap kali baca novel, memang i meluru ke rak Alaf 21 je. So yang karya dari JS publisher ni memang la i langsung tak tahu. Kawan yang teman i masa tu suggest kat i suruh beli buku tu. i plak dah rasa was was semacam. Hailah, dengan tajuk pun ala2 sebatian kimia je, memang la tak akan masuk list buku yang akan i beli. but i bought it since my friend memang dah buat promosi habis habisan dekat buku tu. i told her if buku tu hampeh, she need to return back all cost of the book as the loss compensation...hehe!!!


Dah start baca buku, memangla haru sungguh. Demam Benji & Didi dekat 2 minggu tak kebah2.Hah, ambik kau. Dah tu buku karya hlovate ni ala2 dari watak yang memang kutu jalanan hinggala berubah 360 darjah menjadi sebaik2 muslim or muslimah. Adoilah, memangla meruntunkan jiwa sungguh. and i start to berangan la nak jadi muslimah solehah. Tapi kejap je pun berubahnya, then balik ke asal kembali. Dah demam AA+BB berminggu2, mastilah kena cari Tunas plak kan. Dah namanya i dah ketinggalan keretapi dari orang lain, memang la susah nak cari karya2 yang dah lama. Pergi Popular tak ada stok, SMO pun sama juga n the worst is kat KB ni 2 kedai buku ni je pun yang glamour. So pening dan penasaran kejap. i ni jenis yang kalau nak benda yang i nak, mestilah berjuang habis-habisan. Dan dalam pening2 tu, tiba2 je dapat idea nak beli buku dari internet. Hah, memang selesai la masalah.


I bought all the book from hlovate. Hingga kini dah khatam dah 5 tahun 5 bulan, Versus, Tunas, AA+BB dan Rooftop Rant. Memangla buku hlovate ni lain dari penulis yang lain yang kebanyakan pasal cinta antara lelaki dan perempuan. Dan memangla banyak pengajaran juga dari karya2 dia. The most part i boleh nampak ialah semua watak dalam cerita ni mengamalkan bacaan mathurat. Memang bagus sebenarnya baca mathurat ni. Dulu kat naim, every evening, we must read mathurat all together at mosque or surau. Dan bila dah keluar naim, dalam 365 hari tu, rasanya tak sampai 100 hari baca mathurat ni..memang la sangat rugikan tak baca...tapi nak istiqomah tu memang la susah yang amat. nak baca lepas subuh, dah tiba2 mata dah mengantuk gila, so pospone. nak baca lepas maghrib, alahai online fb kejap, dah pospone lagi...so memangla kena kuat nak dapat pahala ni. alah bukan lama pun nak baca dia. just take 10 minutes je. dah la i amik bacaan yang paling pendek. Huh, memangla i ni pemalas sungguh.berfb berjam2 tu boleh plak....

Why still don't get married?

Haha...tgk tajuk entry pun dah nak tergelak bergolek2. Kenapa ehh tiba2 i terfikir tajuk ni? Dan rasanya untuk hari je dah dekat 5 entry i post kat sini. Memangla idea tengah turun laju bagaikan air hujan turun ke bumi. Actually i'm quite tension today. Bila dah tension macam ni, makan pun tak boleh sebab puasa, tidur dah berjam2 tadi, nak cakap tak tahu nak cakap kat siapa (biasanya i pergi membebel kat my sister, but today i'm quite busy with the cookies) so jalannya ialah membebel kat bloq sendirilah. So harapannya semoga tension akan hilang sedikit demi sedikit. 

Why i still dont get married? Hailah, dah ramai yang bertanya, bila nak kahwin? Bila nak makan nasi minyak? Dah i tak ada calon lagi, macam mana nak kawin. Kalaulah kawin tu sesenang nak pilih baju kat shopping complex, memang dah lama rasanya i kahwin. But it really hard and need to find the candidate 1st. Nak mencari tu plak, huh memang la lagi susah. Kalau sesenang buat UBS or balancekan akaun memangla dah lama buat. Masalahnya ialah, tak ada lelaki pun yang nak bertanya ke, nak no phone ke, nak berkenalan ke...Dan i plak, memang la jangan harap nak mulakan langkah dahulu. Memang tak akannyalah pergi dekat lelaki yang diminati dan cakap "boleh saya nak no phone awak, saya minat kat awakla" Never & ever la nak buat macam tu. Memang la tak salah kan. Khadijah pun make a move first to Rasulullah. Tapi i have no confident at all. Mahunya lelaki itu reject, emmang tak tahu nak sorok muka kat mana. Memang la malu habis habisanlah. Adus, memangla kena mandi bunga 7 perigi ni. Tak tahu apa si kaum adam fikir bila pandang i. Agaknya memangla i ni  tak ada daya penarik. Memang fail sungguh la bab2 ni. 

Tapi yang peliknya, memang la i tak rasa apa2 bila orang tanya bila nak kahwin. Emm hati tu tak ada la sedih or nak buka hikayat hiba 7 hari 7 malam. Memang la selamba cakap, tak ada jodoh lagi nak buat macam mana. Tapi memang la akan sangat malu bila ada yang tanya, boyfriend nama apa? aidoooss parah la nak jawab. Memang sangat malu nak cakap, saya tak ada boyfriend. haha!!!Tapi tulah, bila tgk kawan2 yang dah kahwin dan mempunyai anak 2 3 orang, memang la rasa jauh je life i dengan diaorang. itulah jelah perasaannya. Tumpang happy sekali. Nak jealous ke apa, memang la tak ada kot. Tapi memang teringin juga nak ada orany yang tersayang . Tambah2 time ditimpa kesusahan cam motor mati tengah jalan. Masa tu memangla berangan nak call yang tersayang datang tolong. Haha!!!memangla niat tu dah tak baik dah.

Agaknya memang i ni tak dapat seru lagi. Entah bila seru nak sampai. Ya Allah, jangan seru sampai time dah umur 40. Alah, tak nak la kahwin lewat sampai ke angka 4. Planning nak kahwin before umur 30. So i have 3 years to go. Entah jumpa entah tak. Kat mana la i punya soulmate sebenarnya sekarang. Memang betul ke tak dapat turun gunung everest lagi dan tak jumpa jalan balik ke Malaysia dan ke Kelantan. Ada orang cakap i ni choosy. Yes la kan, mestila choosy sebab i want to live with him the whole of my life. Tak kan nak pilih sesedap hati je. Tapi bukanlah choosy melampau2. Bukan nak yang kaya raya ke, yang hansome cam David Beckham ke (Becham is my favorite football player zaman i muda2), tapi at least can take care of me & guide me to be a better person. & also he will be my friend forever and can talk every topic to him. Sebabnya i percaya, communication is the important part in life. 

So, what i must do is just doa doa doa to Allah to meet my partner soon. Insya Allah, akan jumpa la tu sebab Allah dah cakap setiap manusia dan benda memang dijadikan berpasang-pasangan. Insya Allah.


sabar...sabar...sabar!!!

Rasanya i dah buat post dengan title ni. Tapi i dah delete sume sebab macam tak best plak bila baca balik. Ni dah terhegeh2 nak tulis balik. Tapi betullah, i need sabar yang sangat tinggi. Previous post pun memang banyak i tulis pasal sabar. Sabar deal with people, sabar with my mum, sabar dgn life sendiri yang bagaikan haru biru, sabar menunggu calon suami yang still tak boleh turun dari gunung everest (ini lawak je), sabar tgk orang lain yang success sedangkan i still the same, sabar tak buat maksiat, sabar itu, sabar ini, sabar sabar sabar. Kadang2 terfikir, sampai bila nak macam ni? sampai bila nak life macam ni. Hailah, orang lain dah tinggalkan i jauh beribu kilometer dari i. Dah siap tinggalkan i sampai ke Amerika dah sedangkan i still kat sini. Sometimes i can't bear it anymore. Betullah, memang dah tak boleh tahan. Rasa cam nak berteriak kuat2. i can't be patience anymore. 


Saturday, 27 August 2011

Allah amatlah dekat...

          " Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka 
          sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia
          berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman 
          kepadaKu agar mereka memperoleh kebenaran" (AlBagarah,186)


Kalau dah ada idea, memangla sehari boleh je buat entry sampai 2 3 cerita. oke, ayat kat atas tu i copy paste dari surah AlBagarah ayat 186. I memangla sangat suka kalau ayat AlQuran cakap Allah akan pasti memakbulkan doa hambaNya sebab i ada banyak doa yang tersirat di hati tapi sampai sekarang masih belum dimakbulkan. Bila nampak ayat sebegini, it give me motivation to doa doa doa again and again until i get what i want. Tapi tulah, bukan sedap2 hati nak berdoa je kan. Baru perasan ada ayat sambungan iaitu Allah akan memakbulkan doa hambaNya apabila hambaNya itu memenuhi perintahNya. Hailah, kalau tak solat, x mengaji AlQuran, tak kuarkan zakat, walaupun berdoa macam manapun tetap kena reject kan. Jadi, beriman kepada Allah dengan sepenuh hati & seikhlasnya...

Dont turn it to the sin...

Tgk tajuk entry pun dah tahu ni sesi meluahkan perasaan. Emm banyak betul la sesi luahan hati i. Memang la i ni ada psikologi problem. hailah!!!the post is about my mum & me. Memang la haru kalau anak tak dapat ngam dengan ibu sendiri. Adoilah!!!Alkisahnya my mum & me memang la ada begitu banyak perbezaan jiwa & raga. My mum ni jenis yang x boleh bergurau even the small matter, selalu fikir2 benda2 yang negetive je, x suka buat kerja last minit, x suka berjalan & ada lagi sifat2 yang kalau ingat akan tambah kat sini. dan i pulak, terbalikkan sifat my mum to 360 darjah dan jadilah as seorang yang suka bergurau & cakap entah apa2 (my mum memang la pantang), suka buat kerja senang2 je & tak nak fikir berat2, suka buat kerja2 last minit & trying to think in positive way. Lagi satu i ni memang seorang kutu rayau. Pantang diajak berjalan, on je.

Hah, memang la berbeza yang amat. Dan disebabkan perbezaan yang amat ini, selalu je i kena marah dengan my mum (sebab kena marah selalu, i selalu rasa i ni anak sulung berbanding dengan status sebenar anak bongsu, haha). Disebabkan selalu kena marah tu, memang la jiwa asyik memberontak je. Memang i tak akan la mudah2 buat benda kalau dia tak suruh. i cam pahat dengan penukul la, kalau kena suruh baru buat. n kalau kena marah tu i akan diam and buat tak tahu je, padahal dalam hati memang la sakit jiwa. Kalau i tak sabar sangat barulah i akan jawab sikit2. Selain itu juga, i akan cakap benda2 penting je dekat dia sebab kalau i cerita benda pribadi pun, respond dia memang la bukan seperti yang diharapkan. Kadang2 kena smash sejibik. Adoilah. Bok terus meresap jatuh ke hati dengan jiwa yang bercelaru.

 I selalu tanya diri sendiri, kenapalah i tak dapat ibu cam orang lain. Yang boleh bercerita apa sahaja. Yang boleh bagi nasihat as a mother to her daughter. Memang la sangat cemburu melihat orang lain bercerita dekat ibu masing2. Tapi kalau i selalu tanya macam ni, Asiah, isteri Firaun juga boleh tanya kenapa dia dapat suami yang zalim macam Firaun kan? dan Nabi Nuh juga boleh tanya kenapa dia dapat isteri yang tak nak beriman kepada Allah? Jawapannya adalah sebab Allah nak bagi Syurga dengan ujian yang diberi itu. Alahai, bila difikir balik, dugaan i memang kecik je. Tapi kadang2 memang la i tak mampu nak sabar lagi. Betullah, mungkin Allah nak uji i dengan ujian kecik ni. Tapi memang la kadang2 tak dapat sabar hingga membuatkan berdosa pula. Ya Allah, memang hambaMu ini sangat memerlukan kesabaran. Kesabaran yang tinggi amat. Seriously, i need more patience than other people...

The end of Ramadhan & preparation for Aidilfitri...

Diam tak diam, dah sampai ke penghujung Ramadhan dah...time running so fastly. Rasanya baru je mula puasa hari tu dan sekarang dah hari ke 28. Alahai, how's my performance for this Ramadhan? Rasanya tak banyak berubah pun dari tahun2 lepas. Cumanya, this Ramadhan i makin rajin solat terawih dengan 20 rakaat. lepas tu dah mula belajar Qiam dan baca Alquran pun siap2 baca tafsir lagi. So boleh faham apa yang ingin disampaikan Allah kepada hambaNya. Tapi dari segi bilangan juzuk, memang la x meningkat dari tahun ke tahun. I ni jenis baca AlQuran x boleh lama2. Dah mula aura baca dah tak betul. Need to relax then continue again. Dan bila namanya dah relax, memangla akan mengambil peluang nak rehat lama2. Haru sungguhla. Masa pun limited je.i just have time after Subuh & after Terawih je. Subuh mata terkebil2 still sleepy after sahur then after terawih plak, rasa dah penat plak. Hailah, memang la susah nak abiskan 30 juzuk ni dengan alasan yang berkajang2. Tapikan, i akan cuba perbaiki dari tahun ke tahun. Semoga tahun hadapan masih ada ruang untuk berRamadhan lagi. Insya Allah. Tapi rasa sedihkan nak tinggalkan Ramadhan. Memangla banyak pahala free2 je Allah bagi bulan ni tapi x appreaciate sangat. Bulan ni bagaikan promosi 100% pahala  dari Allah.  

Dan bila dah namanya akhir Ramadhan memangla dah nak sambut raya. Yehaaa!!!suka sangatla tu. Actually the feeling is just 'biasa' je. Cuma sekarang ni dah terbayang nak makan apa time raya. Hailah, dah puasa sebulan bagaikan mengidam banyak benda. Tapi bukan makan sangat pun bila ada depan mata. Imaginasi lebih hebat dari realiti punya. Dah siap2kan duit raya untuk my niece & nephew, to my parents, biskut2 raya, kerepek, tudung & baju raya. Nanti nak buat biskut raya juga untuk dibawa ke pejabat. Almost all new thing except for my shoe...guna yang buruk je lah. Lagipun, still nampak baru dan masih boleh guna. So, wish Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin.