Friday, 10 February 2012

update sokmo...

Tadi berskpye dengan my niece aka inchi follower yang sorang tu. Katanya, blog chu aktive sungguh la skang ni. Kejap2 ada post baru. So i balas kat dia, mana tak updatenya dah seharian haku ni dok melangut tak tahu nak buat apa kat rumah ni. Selain berinternet, rasanya aktiviti hari minggu dah tak ada ehh. Jangan harap nak masuk dapur kalau ma tak tempik satu rumah suh tolong dia. Itupun, suh tolong benda2 basic je...kupas bawang!!!cit, langsung tak mencabar la. lepas tu, suh potong sayur & goreng ayam...ala, memang dah biasa sangat la. Sambil2 menggoreng pun, sempat je i berinternetnya. So setakat nak tulis cerita merapu kat sini, meme bulih sangat la. Time menggoreng plak, buka api pun ala2 kecik je. Kononnya nak bagi ayam tu masak luar dan dalam. Padahalnya, sambil dok menggoreng, buleh menerewang buat keje lain. hihi!!!Tapi memang haru la. I memang tak ada minat nak masuk dapur. Memang rasa geram sungguh kalau ma suh tolong dia. Tapi itu tak bermakna tak tolong la, dalam dok geram tu, bangun je jalan terkedek2 pergi dapur. Tapi dalam hati, grrrr tak mau, tak mau!!!Adoi, kalau buat akaun, seharian pun boleh dok mengadap calculator & ledger tu. Tak balance 1 sen pun cari. Lagi geram kalu ma suh goreng untuk anak kesayangan dia yang sorang tu. Tak leh nak lengah2 masa dah. Kalau dok, habis kena sembur, kang seharian haku plak moody ari tu. So memang kesabaran diperlukan kat sini. Jangan melawan sudah la. Diam je, diam je lah farah!!!bila dah start menjawab, nanti menyesal tak sudah. & kalau dah bercerita pasal tu, nanti ada je yang keluar cerita2 & ayat2 yang tak best. Kata nak jadi muslimah solehah.So, diam la lebih baik!!!

My niece also cakap dah gemuk!!!oho, pok jaa pun cakap gemuk. Mana tak gemuk dah aku telan segala mok niko makanan 2 3 menjak ni. Dah la dok KB lansung tak stress cam dok KL. Traffic jam tu tak ada ehh sebab i ni minat rempit. Jem la seteruk mana pun, i dengan senang hati boleh celah2 kereta. So boleh la senyum2 kat pemandu kereta BMW masa ni. Ko punya kereta mahal pun, stuck kat jem jugak. So baik naik motor kapcai cam i kan. Tu time jem la, time hujan, gang dia plak yang dok simbah air hujan kat i. haru!!! Selain tu, 2 3 hari ni dok telah chocolate vochell 2 3 kotak dah habis. Semalam plak 2 biji donut big apple pun dah habis telan. Hari ni, pagi2 lagi dah minum duch lady perisa chocolate & petang ni dah makan ice cream chocolate. Bukan sikit, banyak sampai kena cirit birit. 1st makan, makan ice cream dalam cone. Tapi sebab cone tu cinonet khas untuk kusyad je, so letak ice cream dalam mangkuk. Tak puas dalam mangkuk, dengan bekas ice cream sekali haku angkut masuk bilik. huhu!!Dah tu, tidur pun berjam2 sampai kadang 12 ke 13 jam. Memang la bam bam naik ke muka. Tapi pok jaa kato bam bam cute cikit dari kurus keding!!!haha..***cover

Ni bercerita pasal jodoh plak. Kenapa still tak dok gewe kan???oho, ni sebab gen keluarga i kot. Yang sepupu perempuan (sebelah abah la) boleh dikatakan 97% kot kahwin sebab family arrangement. Oke, oke, check kat bawah jap...Joms!!!Cheh siap ada bullet...
  • Start dengan k.nah: emm tak tahu la dia kahwin dengan arwah Wan Ismail (tiba2 lupa nama panggilan) tu bercinta atau family arrangement. Tapi family kot ehh..
  • Then k.long aka umi: ni pun family arrangement jugak.
  • then my sist aka kak nimah: hah ni confirm 100% cikgu hakimi tu family arrangement. Masa my sist kawin, i baru tadika masa tu. Tapi still ingat la yang my sist dirisik then my brother in law malu2 bila mula2 masuk family i. ngehngehnegh!!!
  • k.na abe pa: ni pun family arrangement jugak.
  • cik anis: hah ni confirm 102% family arrangement.
  • k.dah: rasanya k.dah ni bercinta kot ehh.
  • k.ya: ni tak confirm. 50%-50%. tapi sebab nak menaikkan percentage family arrangement, so kira family la.
  • last k.jah: ni pun sama la. Doktor pun susah nak dapat gewe disebabkan gen family kitorang jenis tak bergewe ni. Adeh!!!
  • me: bercinta aka family arrangement???harapannya boleh jadi gang k.dah la. Tapi kat mana nak cari ni???gggggrrrrr!!!
Kan betul???sebab gen Y family kitaorang ni memang solehah semuanya, jenis family arrangement, so tak adanyalah nak bergewe ko apo. That's why la diri ku ni tak jumpa2 sape. Yang family belah ma semua tak kawen lagi la sepupu perempuannya. Paling tua pun k.long ayah we. Tu pun tak tahu ado gewe ko dok. Paling kecik, si fatiha tu. Adeh!!!tu zaman millenium baru kawen tu. Adoi!!!

Sekian sesi merepek aka lebihan masa hari ni. Jadual esok, tak tahu lagi. 


Thursday, 9 February 2012

1 ended, 3 to go...

oke, ni post saje2 tak ada kerja..kehkehkeh!!!

Yesterday was the last episod for Gemersik Kalbu. So yang 1 ended 3 to go tu pasal cerita2 yang sedang ditonton kat TV lah. Ada lagi 3 cerita yang sedang bersiaran seh...Vanilla Coklat, Ariana Mikhail & Bicara Hati. Hopefully, ganti cerita Gemersik Kalbu ni tak adanyalah nak ikut setiap petang. Ni sebab cerita novel yang jadi terikut2nya. Kalau tak, rasanya tak ada meroyan sangat kot ehh. Actuall, all the story sudah melepasi klimaks cerita dah. So cerita pun dah makin menurun dah pun. Tak ada lah sampai tak sabar gila nak tunggu next week, next week & next week sebab nak tahu cerita yang selanjutnya. Macam cerita Ariana Mikhail, minggu ni 2 hari berturut2 terlepas nak tengok. So ok je pun. Tengok kat internet pun ok asal dapat tgk. 

Tapi rasa cam rindu plak nak dengar lagu gigit2 tu bila cerita Gemersik Kalbu ni dah habis. Haha!!!lagu yang bila first dengar entah apa2, tapi bila dah 24 episod dok tadah telinga je, jadi sedap plak di pendengaran. Tapi tak adalah sampai nak download & masukkan dalam hp & dengar berkali2. My kakak pun cakap cerita Gemersik Kalbu ni actually cerita lucu, dengar lagu pun dah tahu...huhu!!!

So sebab 2 3 hari ni rindu nak dengar lagu gigit2 ni, so nak paste video la kat sini. hah, ambik nak dengar sangat kan....Layan je lah!!!



Monday, 6 February 2012

what is the meaning of incentive???

Hari ni hari ke 15 sambutan Chinese Nwe Year. So that's mean Chap Goh Meh. Kebiasaan di office i, hari ni haruslah semua staff yang dah kahwin atau still bujang dapat angpow from our Boss...Toche Toche Boss..!!!Bila lagikan nak dapat duit dari boss..hihi!!!

But this year is very different meh!!Ni pun still rasa gigil2 lagi. Betullah tak percaya. Agak2 sebab tahun naga air kot??Adoi, haru kejap. Entah happy, entah konfius...Sungguh perasaan still cam tak percaya!!!Adeh,  macam jumpa kekasih hati je gayanya...

Alkisahnya begini. Hari ni pergi office cam biasa. Yang luar biasanya hari ni, audit team semuanya memakai baju ala2 merah kononnya nak sambut Chap Goh Meh la. Padahalnya, tak ada apa aktiviti pun. Dari 2 3 hari lepas i dok gosip2 ngan my jiran cakap kat dia, bos bagi tak ang pow tahun ni..kata my jiran, wajib la bagi. Tak kan still tak faham bos akan bagi ang pow pada hari last CNY.

So around kol 12 t/hari cam tu, dia dah start panggil staff dia masuk bilik. Start with our senior, Miss Chan. Yang senior lain, tak tahu la plak dia panggil bila lagi. So lepas Miss Chan, entah siapa yang bos panggil. Memang menjadi kebiasaan kat office, bila bos bagi ang pow, setiap orang kena pergi bilik dia seorang demi seorang.

Miss Kee yang panggil i untuk masuk ke bilik bos lepas tu. Mula masuk, ingat terus nak bagi ang pow, rupa2nya dia suruh betulkkan akaun dulu. Cheh, baru je berkobar2 nak dapat duit ni. Lepas bincang tak sampai 5 minit, bos dengan malu2 kucing cakap "emm ni ang paw, macam biasa la & ini satu lagi saya bagi incentive. Jangan hebohkan sebab bukan semua yang dapat"

I memang dah blur time tu. Ok, yang ang pow tu memang sampulnya kurus keding je. So dah tahu dalam tu ada berapa RM. Yang sampul incentive tu memang tebal sungguh. Dalam hati, berapa dapat incentive ni???Berapa? Berapa dan berapa??betul la sangat suspend. I memang tak tahu nak cakap apa kat bos. Just "thank you boss & happy Chap Goh Meh" Entah orang wish ke tak Chap Goh Meh tu. Main taram je. Lantak la. Sebab dah terharu sangat masa tu.

Bila keluar dari bilik bos, Miss Chan tanya, "aikk mu bulih 2 ang pow jugak, ada anak ke??" So i dengan selamba cakap "anak tekak ada Miss Chan" Betullah time tu nampak Miss Chan sengeh2. Ingat dia dapat jugak. Tapi kata My Jiran, Miss Chan just dapat ang pow. Hah!!!Biar betik.Betik pun tak macam ni. Tapi nasib baik la my jiran, Da dan kuha pun dapat juga. So kitaorang tak bising2 la. Tak tahu siapa lagi yang dapat. But kata my jiran, rasanya si empat ekor yang tak segar ni je dapat kot. ehh tak kanlah??tak logik kot...memang tak logik sungguh!!!

Bila petangnya, my jiran memang dah tak sabar nak tahu dalam tu note duit apa. RM 10 ke, RM 1 ke, RM 50 ke kan??sampul incentice sendiri tak nak buka. Nak juga dia suruh i buka incentice i. So i cakap, tak kot RM50. Maybe RM1 ke, RM 10 ke kan. Bos kasi RM100, so sampul tu teballah. My jiran dengan confidentnya cakap, " no, no, i'm very sure, it will be RM50 inside" chewahhh, memang la yakin sungguh. I dengan gaya degil pula cakap, "tak kan la bos begitu tak segar" Balasnya "if betul, mu kena belanja," Then i said "ok, nasi k.wok boleh" So close deal la dengan my jiran.

I pun dengan terkedek2 pergila buka sampul incentive tu. & memang betullah, all note is RM50. Wow!!!Bos dapat durian rintuh ke tahun ni. So my jiran bagitahu " i'm sure, the amount will be RM500 or RM1000" I diam. Memang gaya macam betul. & kuha pun dan mengesahkannya yang duit dalam tu ada RM1000. Astaqfirullah, murah rezeki sungguh la. Tiba2 dapat RM1000. Memang Syukur yang amat!!!

Bila balik rumah, tak bukak tudung lagi i melulu masuk bilik then buka sampul tu. ok suspend ni walaupun dah tahu dapat RM1000. Kalau RM 1000, maknanya ada 20 note duit kertas RM50. Oke, dengan penuh lahap i kira "1,2,3,4,5,6,7,8,9,10,11,12,13,14,15,16,17,18..aikkk biar betul. dah nak dekat 20 keping, tetapi kenapa masih ada banyak lagi note RM50 yang tak kira.ok sambung "19,20,21,22,23,24,25,26,27,28,29,30,31,32,33,34,35,36,37,38,39,40"

Hah, biar betul..RM2000!!!!terus gigil  badan. Memang gigil. Betul la terkejut sampai pucat ni. Biar benar ni??Ya Allah, rezeki sungguh la. Tapi bos baik macam ni, tak sampai hati nak resign plak. Ya Allah, terus tak kata apa2. Terus lepas tu, i start motor ke rumah kakak. Mesti kena gosip dengan dia dulu. Bila cerita kat dia, boleh dia cakap "abishla, boss minat kat mu" eh eh...apa la kakak i ni kan. Buat lawak antarabangsa pun ada. 

Sekarang ni bila fikir, memang rasa tak percaya lah. Tiba2 dapat RM2000. Hujan tak, ribut tak. Gaji pun tak banyak ni. Baru je pos lepas cerita pasal 10 kunci pembuka rezeki. Memang sekarang i'm trying to zikir to Allah always. Alah, pagi & malam je pun. Siang2 macam biasa je dok melalaknya. Betulllah macam kata surah AlBaqarah ayat 152 " Maka ingatlah kepadaKu, akupun akan ingat kepadamu,..."Ya Allah syukur yang amat. Memang lepas ni semangat nak ingat Allah berkobar2 la. Semoga usahaku sentiasa intiqomah, walaupun sedikit je. Insya Allah!!!

Friday, 3 February 2012

~~Pembuka 10 kunci mudah kaya ~~

1. Istighfar dan taubat
2. Taqwa
3. Berserah a.k.a tawakal
4. Menumpukan ibadat kepada Allah
5. Susul menyusul haji dan umrah
6. Menjaga hubungan keluarga
7. Infak di jalan Allah
8. Berbelanja kepada penuntut ilmu
9. Berbelanja kepada orang miskin
10. Berhijrah ke jalan Allah

Summary dari buku "Pembuka 10 kunci mudah kaya" karya Dr Fadhl Ilaahi

layan je......

Wednesday, 1 February 2012

ntah ngeri ke lawak....

Ntah mimpi semalam tu ngeri ke lawak. Tak tahu nak describe cam no. Tapi bila diingat2, rasa cam nak ketawa tergolek2 pun ada. & bila fikir balik, rasa cam syukur je tu mimpi...fuhh!!!

Actually, i jarang mimpi bila tidur. Kalau mimpi pun, lepas bangun memang jarang akan ingat apa yang dimimpikan semalam. Kalau ingat pun, kabur2 je. Tapi mimpi malam tadi rasanya mimpi paling i ingat. Dengan dialog2 sekali ingat. Aisehhh memang mainan tidur sungguh la. Tulah padah tak solat Isyak before tidur.

Memang dah banyak kali tidur dulu then baru solat Isyak. Area kol 3.30 ke 4.00 pagi automatic i akan terjaga dari tidur if tak solat Isyak. Kalau dah solat, haramlah nak bangun qiam ke apa. Kunci jam pun, jangan harap nak dengar kalau dah solat Isyak. Memang tak akannya bangun malam2 untuk solat sunat tahajjud ke apa.

Semalam terjaga dari tidur pukul 3.00 pagi. So pospone2, area 3.30 bangun untuk solat. Lepas solat Isyak lebih kurang 15 minit, so dekat kol 4 tidur balik. Then lepas tidur tu lah mimpi ni. I mimpi I dah kahwin!!!ngehngehngeh!!!tu la gatai sangat buat post nak kawin semalam. Terbawa2 sampaikan mimpi dah ni. 

Alkisahnya, i dikahwinkan oleh keluarga i. Yang peliknya, i kahwin tapi tak pernah tengok muka hubby i. So bila dah sah sebagai suami isteri, my hubby pergi outstation kat Jepun ntah beberapa hari. Ntah, tak tahulah kerja hubby i ni apa. Macam kerja dengan MAS. Nak kata pilot bukan, rasa cam engineer kot. Tapi kena selalu outstation ke oversea. Memang sampai dia ke Jepun pun, i tak tengok muka dia cam ne. So kat mimpi tu tunjuk la i tengah tunggu dia balik dari Jepun. Memang suspend la nak tengok muka hubby sendiri.

So bila dia dah balik, scene i dengan dia kat bilik plak. Memang i terkejut la tengok muka dia cam ne. Memang masa mimpi i ingat muka dia jelas2. Tapi bila dah bangun, rasa cam dah kabur2 dah. Tapi part yang paling i ingat ialah tang gigi dia. adeh!!!memang tak tahu nak describe cam ne. Dengan gigi berkarat, then berlapis2. Aduh!!!dalam mimpi tu i dah panik tengok dia cam tu. Dah tu, dia dah siap2 beruban lagi then badan kurus keding. Siap batuk2 cam orang sakit batuk kering...Then i siap boleh fikir, cam no ni i nak duduk dengan dia. Bukan sehari dua ni. Tapi lama. Memang sampai sekarang i boleh rasa feeling masa tu. Siap fikir2 lagi, orang lain dapat yang hansome, i plak dapat yang cam ni. Haha!!!ade ke patut..

Kononnya i ni nak tunjukkan sifat isteri solehah kan. Tak pelah dia tak hansome pun, dia tetap my hubby. So i layan dialah. Siap2 amik towel kat dia untuk dia mandi. Then ambil baju sepersalinan kat dia, letak atas katil untuk dia pakai after mandi. Tapi before mandi tu i ada lah bercakap 2 3 dialog dengan dia. Lebih kurang cam ni la.

"awak pergi outstation kat mana?" I tanya dia.
"emm jepun" Jawabnya.
"lepas ni nak gi mana plak?" I tanya lagi
Jawabnya "belum tahu lagi" 

Then diam. Masa diam tu, i siap2 leh berangan lagi. Ohh baguslah my hubby pergi oversea selalu, boleh kirim magnet peti. Siap2 terbayang2 lagi magnet peti kat rumah i penuh dengan magnet dari oversea je. Dari eropah plak tu. Then siap2 fikir lagi, kena bagitahu my jiran ni aka Tan Swee Kim. Mesti dia nak kirim  jugak!!!haha...ade ke orang mimpi siap boleh berangan dalam mimpi. Aduh!!!memang sahih 100% my hobby is dreaming. Memang tak dapat disangkal lagi. 

Then lepas tu, i dah tak ingat apa jadi. Tapi part kat atas ni memang ingat jelas. Teruk la mimpi. Memang berdebar tengok muka hubby yang tak hansome. Tapi terpaksa terima dengan pasrah. Bangun tidur je, i menarik nafas lega, Ya Allah, mimpi je. Tak tahu kalau betul macam mana.

The morale of the story: Solat Isyak before tidur, baca 3 Qul, baca ayat Kursi dan doa tidur. Then selawat la banyak2...Sekian.



Tuesday, 31 January 2012

Bersyukur je dengan apa yang ada...

Bersyukur itu penting. Emm betul la syukur tu penting. If not, you will not happy in your life. Contoh macam aku, bersyukurlah naik motor buruk Honda DAB 4360 tu. Ada lagi yang terpaksa berebut-rebut nak naik bas & tunggu taxi. Kalau asyik fikirkan orang lain yang berkereta Ford Fiesto, memang sentiasa la tak happy. Haru je asyik jealous bila terserempak dengan orang kat jalan raya. Ehh apa yang i merepek ni. Haihhhh!!!

Hari ni i told to my jiran " Jiran, nak kawin la" Adoi, sudah!!!bila dah subject ni muncul memang haru kejap. Actually, just joking to my jiran. Dia pun tak layan pun yang i cakap. Dah free sangat skang ni kat office, memang mengarut je cakap.

Then bila lunch, da plak yang menambah " ehh tahu dok, wanita2 yang berumur lebih 30 susah nak lahirkan anak" Sume orang sign...emmmmmm!!!Then nak sedapkan hati, tanya Miss Chan " Miss Chan lahirkan Meng Yi masa umur berapa?? Jawapan Miss Chan, "emm 31" Oke, je kan???haha, sekadar sedapkan hati je.

Kesimpulannya, so what!!!!Umur nak dekat 30 pun, nak buat macam mana, dah memang tergolong dalam golongan yang lambat kahwin. Emm i'm not regret at all. Kata Mc La "bergembiralah sementara masih bujang. Masa bujang & available, gatai nak kawin, bila dah ada calon, ada juga masalahnya" Itu kata Mc La. So, i just make the conclusion, bersyukurlah dengan apa yang anda ada. Tak ada boyfriend or soulmate pun, nak buat macam mana. Just follow the flow je. Be happy as a single. Alah, i have 2 sweetheart that need to remember always. 1st is Allah then 2nd is Rasulullah. Dengan ingat Allah & Rasulullah, Insya Allah you will be happy. So what???kamu tak ada kekuranagan pun (ngee nak sedapkan hati???haha.....)