Thursday, 28 February 2013

Misi menghabiskan bahan..

Banyak sungguh misi diri sendiri 2 3 menjak ni. Tapi bagus jugak, dari dok melangut ajo tanpa buat apa, baik banyakkan aktiviti especially di hari minggu. Sebab cuti hari minggu 2 hari yang bersamaan 48jam tu, aktivitinya hanya makan & tidur ajo. So masa terluang memang sangattttttttt la banyak.

Misi kali ni ialah misi nak habiskan bahan2 yang dibeli untuk buat kek. Alkisahnya macam ni, masa my niece balik Malaysia last month, dia beriya mengidam nak makan RV kek. So masa chatting dengan dia sebelum dia balik tu, i cakap kat dia, jom jom buat RV kek memandangkan i memang dah lama koya2 nak buat RV kek sendiri sebab kek yang dibeli masa new year hari tu tak berapa nak sedap. Kononla, kalau buat sendiri lagi kebabom rasa dia. Memang payah kalu suko koya nih. haha!!!

So, bila my niece balik, kitaorang berdua + my sist yang tukang tolong bayar semangat ke kedai nak beli bahan2 nak buat kek. Nama kedai tu "barang kita". Kedai ni memang kedai khas untuk membeli bahan nak buat kek & biskut. So, kuantiti yang dijual untuk satu2 bahan tu agak banyak berbanding kalau beli di shopping mall. Kitaorang taram ambik je, tak kira dah berapa gram or kg. So bila sampai rumah, baru sedar yang kitaorang ni dah terover beli bahan nak buat RV kek. Padahalnya, nak buatnya sebiji je, tapi tengok bahan tu macam nak buat berbiji2.

Sebab my niece balik Malaysia 2 minggu je, so tak sempat nak buat kek banyak kali. Sempat buat sekali je. Tu pun, tak jadi sebab kek tu dah jadi macam apa ntah. Tapi anak2 sedara yang kecik tu makan je. Siap puji lagi sedap. Tu masa kek tu still panas la. Masa dah sejuk, memang tak lalu. I makan sikit je. Lepas tu, dah tak ada selera nak makan. Bila my niece dah balik mesir, i teruskan la misi nak habiskan bahan tu. Bahan tu still banyak. So kalau tak buat memang membazir. Dah la my sist yang tolong bayar. So rasa bersalah juga kalau tak buat.

Kali kedua buat, i buat kek coklat. Recipe diambil dari my office mate.  Then buat lagi kek yang ketiga iaitu RV kek lagi. Recipe RV kek kali ni diambil dari hasil carian recipe di internet. Sebelum ni mintak recipe dengan k.yan je. Lepas tu bawak RV kek tu ke office, bagi gang office makan sebab diaorang ni dok mintak lama dah suruh i buat. Walaupun i cakap RV kek yang i buat pertama kali tu tak jadi, diaorang ni mintak juga nak makan. Kata diaorang "tak pe tak sedap pun, kitaorang tutup mata je kalau tak sedap" cheh, ayat poyo je diaorang ni mintak simpati. Ayat ngepom!!! haha...

RV cake~~ 1st edition yang tak berapa nak jadi...  Tapi topping cake ni lagi sedap dari 2nd RV cake..
2nd coklat cake yang tak berapa nak moist.. haha!!
2nd RV cake... ada peningkatan dari yang pertama kali buat. Warna pun dah merah more than 1st one. Madam Surinder kasi markah 80 so that's mean i got A. haha suka suka!!! Cuma topping tak jadi sebab terover masuk whipping cream. Kek pun tak gebu & lembap. Cam ne ehh orang lain buat cake gebu & lembap? i buat tak jadi pun..


yang paling best... RV kek ni mendapat sambutan hangat bila..............









Tadaaa........




Habis licin dalam masa sehari je. Yeay suka suka!!! hehe





Thursday, 21 February 2013

still tak hilang..

Adeh... demam gi Korea still tak hilang nampaknya. Padahal dah dekat 6 bulan masa berlalu. Nak buat cam ne, ni kan negara oversea pertama yang dikunjung. Harus demam bagi lama sikit. Alah, bukan demam apa sangat la. Ni still teruja dengan kebersihan toilet di sana. Still terbayang2 kebersihan & kecanggihan toilet di Korea. Berangan lagi, kalaulah tandas awam kat Malaysia macam ni. Bagus kan???

So misi nak toilet bersih diteruskan kat rumah sendiri. Hari tu dah puluh2 ringgit habis nak beli segala bagai pencuci, semalam pergi beli plak berus nak 'gahal' lantai bilik air bagi berkilat sikit. Sebelum ni dok 'gahal' guna penyapu je, tak puah hati la sebab nampak tak berkesan pun. 

So dah beli berus tu, tadi menjalankan misi mencuci bilik air bagi clean & clear. Nak kasi wangi semerbak jugak. Gahal punya gahal, adeh sakit seluruh tubuh ni. Waa!!! Sakit pinggang, sakit belakang, sakit tangan... ni la padahnya lama tak exercise. Padan muka diri sendiri. & ni simpton2 nak masuk 30an jugak. Ohh sedar la diri yang tinggal tak berapa bulan lagi umur dah nak masuk 30. Nak buat cam ner, dah lahir tahun 1984, makanya tahun 2014 dah  berumur 30. Waa tak boleh terima kenyataan giler.

Apapun, deman Korea yang ni paling bagus sebab dah mengikut separuh dari iman. Bukan setakat solat je yang kena buat, kebersihan juga is part of Islam. Tapi macam negara yang bukan Islam plak yang banyak mengamalkan dalam part ni kan. Rasanya negara Jepun or Singapore pun bersih juga toilet diorang. Tak pe, tak pe, harus pupuk diri sendiri menjaga kebersihan dulu. So, as a muslimah solehah ** kononla solehah** saya akan cuba menjaga kebersihan tak kira di mana as Islam said "kebersihan itu separuh dari imam"...  

Sekian.. coretan di hari Jumaat, penghulu segala hari!!

Saturday, 16 February 2013

chemicals around me...

I always avoid to take medicine if i got the fever. Konon la, tak nak bagi ada bahan-bahan kimia dalam tubuh badan. Nak sihat secara semulajadi. That's why kalau deman, kerjanya asyik tuam towel seluruh badan. Pas tu minum air banyak2 nak kasi hilang segala haba dalam tubuh. Minum juga air 100++ supaya demam cepat kebah. Tu petua sendiri. Kadang2 menjadi juga petua tu. Tapi kalau dah deman teruk, terpaksa juga makan ubat nak kasi cepat sihat. 

Tapi hakikatnya, bahan-nahan kimia tu sentiasa ada di sekeliling. Memang tak dapat elak. Ohh really pity my body especially to my lung. Be strong ok dear. I will try to take care of you. This is the promise...

They are the major chemicals around me........




petua menghindari kebosanan

Cheh fb ensaiklopedia melayu lamo ni cam nak perli2  i je. Acu siap tulis cerito pasal bose tu, tibo2 tubik kat my fb pasal tajuk di atas. Boleh la jugok nok post sini sebagai peringatan untuk diri sendiri yang poyo sore2 kat blog ni.. kehkehkeh!! 

Rasa bosan timbul apabila anda jemu mengadap sesuatu berulang-ulang kali. Dalam situasi lain, rasa bosan timbul apabila anda tiada apa yang dibuat, tiada apa hendak dilakukan ketika masa terluang. Awas, rasa bosan petanda besar anda adalah orang yang tidak ada matlamat hidup.

1. Cari apa yang boleh dilakukan. Bentuk diri menjadi rajin. Jika anda tiada apa yang hendak dilakukan, fikirkan sesuatu yang anda rasa seronok melakukannya. Ada orang suka tengok tv sebab dia rasa seronok menonton tv, walau dari pagi sampai ke malam. Ada orang suka memancing, sebab dia seronok memancing, walau dari malam sampai ke pagi. Untuk mengelak rasa bosan cari sesuatu di sekeling yang boleh anda lakukan.

2. Orang yang selalu merasa bosan adalah orang yang tidak ada impian. Orang yang bosan dengan hidup adalah orang tidak ada cita-cita. Tetapkan satu impian kemudian fikirkan cara untuk mencapai impian itu. Selepas itu berusahalah mencapainya walau dengan apa cara sekalipun, asalkan halal. Buat dan terus buat. Jangan duduk diam. Lama-kelamaan anda akan perasan anda dapat mengelak rasa bosan. Sebab anda sudah tidak ada masa untuk merasa bosan. Masa yang ada terisi dengan usaha ke arah mencapai cita-cita anda.

3. Sibukkan diri anda dengan ibadah. Dalam menyempurnakan tuntan ibadah wajib, banyakkan ibadah sunat. Hadirkan rasa kekurangan dan kehambaan dalam diri. Jangan pernah merasa puas dengan ibadah-ibadah yang sudah disempurnakan sebelum ini. Rasai keseronokan melaksanakan ibadah, rasai ketenangan ketika dalam proses menyempurnakan ibadah. Pasti anda terdorong untuk melakukannya lagi, dan lagi, dan lagi, banyak kali sampaikan anda macam tidak mahu berhenti melakukannya.

kosong & bose..

Bose sungguh. Facebook ko, internet ko, tibi ko, novel cinto ko tok leh nak isi kebosane di waktu pete2 nih. Tu yang tibo2 tengok gamba g Korea ni. Aloh, tibo2 raso rindu nak derak naik kapa tube. Bilo la ado pelue plop nak g derak ni. Tok sir gi kolupo, puah doh. Nak gi obersea. Waa tinggi sungguh cito2!!!


Tuesday, 12 February 2013

kembara menuju haji mabrur.

Cheh yok yok ooo je tajuk tu macam Tabung Haji dah panggil nak gi haji tahun ni. Padahalnya baru je buka akaun simpanan di Tabung Haji. Simpan pun tak sampai RM1,300, so tak boleh nak daftar haji lagi. Tak pe Farah Anida, Allah tahu niat nak gi haji tu ada. Moga2 satu hari, dapat panggilan dari Allah untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekkah. Insya Allah. Setiap apa yang diimpikan harus dimulai dengan langkah pertama kan...

Here is the 1st step...


Sunday, 10 February 2013

pilihan jawapan...

Sila susun pilihan jawapan mengikut ciri2 lelaki yang anda sukai???

Pilihan jawapan: Kaya, beriman, Hansome & berilmu..

My choice:

1)Beriman 2) Berilmu 3) Kaya 4) Hansome...

Bagusnya jawapan i kan. Semua orang pun rasanya hampir pasti jawab jawapan yang sama. Hakhakhak!! Soalan ni pun nak tulis kat blog...Buat kecoh je!!!

Friday, 1 February 2013

biskut raya CNY

Ini antara perbualan dengan my sparing partner at office last week. My jiran aka Miss Tan Swee Kim.

Tan: Jiran (she call me jiran, & i also call her jiran). Sejarah panggil jiran ni sebab kami duduk sebelah menyebelah pada satu masa dahulu. Ok sambung. "Jiran jom jom aku nak bagi mu rasa biskut raya ni. Jom la masuk bilik meeting.

Me: Dalam hati, habislah. Sebab apa2 yang homemade i memang tak sentuh. Sebab dalam hati was was je nak makan since dia kan non muslim. Kalau dia beli baru la makan dengan terujanya. Tapi masuk je bilik meeting tu buat2 bertenang. "kenapa aka bakpo?' buat2 tanya.

Tan: "aku nak suh mu try biskut mana yang paling sedap". Actually sume biskut honey confleks je. Tapi satu bekas dah lemau sikit sebab dia tutup terus tupperware walaupun biskut masih panas. Satu bekas lagi honey confleks yang penuh dengan kacang2 & satu bekas lagi honey confleks resipi dari kakak ipar dia.

Me: Dengan bacaan bismillah, i suap biskut perlahan2. Ya Allah, i'm so week sebab tak tahu nak cakap cam ner dekat dia yang Islam punya disiplin sangat ketat bab2 makan ni. Bagi non muslim, diorang hanya tahu kitaorang hanya tak boleh makan 'pig' je. Padahalnya, kalau makan ayam yang tak disembelih pun hukumnya sama macam makan 'pig' juga. So dalam hal ni, i tak makan sebabnya was was bekas yang dia guna untuk membuat biskut tu tercampur2 dengan bekas yang digunakan seharian untuk memasak makanan tak halal. So i buat2 tanya dia " ehh jiran, mu buat biskut banyak2 ni, ada bekas khas ke nak buat biskut?" lebih kurang macam tu soalan.

Tan: "Emm ye lah. Kakak ipar aku tu bila datang semangat dia buat biskut, sume benda dia beli. Bekas nak uli, bekas nak gaul2 bahan, sume khas untuk biskut. Semua cukup lengkap lah" 

Me: ohh lega giler. "waa kalu gini bulih bukak kedai biskut doh mu" i sengaja nak bagi sedapkan ayat. ayat ngepom!!!sambung lagi "emm mu masuk semua confleks dalam cup2 kecil ni dengan apa? sebab time aku buat, selalu sepah2 kalu guna sudu, so terpaksa guna tangan nak masukkan dalam cup?" tanya soalan ni sebab nak tahu dia guna tangan dia ke tak.

Tan: Guna sudu la. Guna sudu yang kecil tu. 

Me: sudu khas nak buat biskut juga ke?

Tan: tak ada la khas. Tapi biasanya kalu buat biskut tu akan guna la sudu tu. Sudu yang guna just nak buat air je.

Me: ohh lega lagi.

Ohh i think it's not easy to fren with non muslim kan. Sebabnya cara hidup yang berbeza.  Cara pegangan juga tak sama. Jenis makanan pun tak sama. Tapi kalau kena gaya ok je sebenarnya. Kena saling bertolak ansur,faham memahami dan menghormati di antara satu sama lain. Rasulullah juga menghormati orang2 kafir walaupun diorang tidak menganut agama Islam. Baginda bercakap lemah lembut dengan diorang. Itu salah satu dakwah. That's why la i tak bersetuju kalau ada orang Islam yang cakap benda yang meraban & bukan2 especially di hadapan non muslim. Sebab non muslim pasti akan fikir "ohh this is orang Islam". Pernah la ada hamba Allah tu bercakap benda yang tak sepatutnya di hadapan my fren yang non muslim & my fren tu cakap "apa guna dia sembahyang hari2 kalau mulut cakap benda macam ni" Ohh sangat malu i sebagai seorang muslim.

Apa2pun, i harap semoga Allah jauhkanlah i dari benda yang haram especially makan2 ni samaaada secara sedar ataupun i tak sedar. Islam tu mudah sebenarnya. Selagi yakin Allah ada untuk tolong, pasti akan berjaya. Alah pergi Korea 1 minggu pun ok je kan. Solat & makan terjaga. Yang penting doa sentiasa. Actually it's nice to know non muslim. Sebab boleh ambil pengajaran pasal benda2 baik. Macam sejak i berkawan dengan diorang, i dah boleh minum at least 1 liter air. Kalau dulu, jangan harap boleh minum banyak tu. Lagi satu, tentang kebersihan tandas (diorang lebih bersih dari orang Islam kot).. dan banyak lagi pasal benda lain. & i always pray to Allah to give them hidayat one day. Insya Allah!!!