Monday, 30 April 2012

mulut masin..

Selalu je dengar orang cakap macam ni "Amin2. Moga masin mulut mu". Memang kalu orang tu pure kelantanese, wajibla pernah dengar ayat ni sekali dalam hidup kan. 

Disebabkan mulut masin, i selalu je kena marah dengan kawan i. Kata diorang "k.farah, bo kecek. mulut k.farah tu masin. Sume hok k.farah oyat jjadi sungguh2" itu kata ayu. Nurul plak " aku geram la ngan budok ni. Mulut tu masin sungguh". Memang i dikenali as mulut masin di kalangan officemate. Asyik kena marah je kalau tiba2 terkeluar kata2 yang diorang tak suka. Contoh: tgk2 tahun depe ayu plak pregnant. Memang kalau tak kena gaya, kena la pelepuk sebutir. hakhakhak!!!

Alkisahnya macam ni, before ayu kahwin ari tu, dia book tiket honeymoon nak ke Bali. Masalahnya, kahwinnya bulan 12, tapi nak pergi Bali, bulan 9 tahun depannya. Haih, jaraknya sampai 10 bulan. So terkeluar dari mulut i secara spontan "ayu ni, kalau masa tu tak pregnant, mesti tengah dalam pantang". Balas ayu "k.farah, jange la oyat gitu. Ayu x sir baby lagi". Ok tu kali pertama. Kali kedua plak lepas kahwin, dia planning nak ke Pulau Pangkor kot. Then lepas tu tukar plan nak ke Cameroon plak,  then tukar plan lagi ntah nak g mana. So spontan i cakap " haih, kalu gini sokmonya tak jadi. Raso g tok bali jah ni". Yang menjadi masalahnya, semua yang i cakap tu menjadi kenyataan. Memang marah ayu kat i sampaikan kalau i cakap benda yang dia tak suka, asyik kena marah je. Katanya mulut k.farah masin. Jange cakap apa2. Haha!!!

Tu ayu. Nurul plak, pertama kali bila dia dapat kerja Gov. Before dapat surat tu, dia memang berangan la nak dapat posting kat Putrajaya. Siap dah berangan2 nak naik paddleboat lagi. Then i cakap " kalu koya gini, mesti bulih kat KB" Then, dengan kuasa Allah, memang Wisma Persekutuan K. Bharu la penempatannya. haha!!!Haru sungguh kan. Then kalau i cakap sikit, memang kena marah. Contoh hari tu masa kitaorang nak g audit KL. Nurul nak ikut sama sebab katanya ada kursus lepas minggu kitaorang audit tu. Tapi yang menjadi masalahnya ialah kursus yang diwarwarkan tu tak confrm lagi, tapi dah berangan dah nak g mana kat KL tu. Siap nak buat ilitenary lagi padahal tak confirm pun lagi. So i cakap," Kalu koya2 gini, raso tak g doh ni" Hah, memang marah Nurul kat I. Katanya "Farah, mu bo kecek. Mulut tu masin". Tapi mujurlah jadi juga dia ke KL. Tu pun last minute jugak sebab actually kursus yang dia kena attend tu kena tunda. Tapi sebab nak g jugak, dia minta tukar dengan orang lain yang kena g kursus minggu tu. Lucky me. If not, memang sah2 kena marah. Hampir2 masin dah tu. Hakhakhak!!!

Apapun, ini bukan mulut masin. Tapi bercakap atas pengalaman kot. Sebab i selalu berangan, so apa yang selalu diangankan memang wajiblah tak menjadi kenyataan. Contoh kalau naik kapal terbang, selalu berangan nak duduk tepi lelaki hansome. Alih2, mak cik jugak yang dok sebelah. Kalau lelaki pun, pak cik plak. Adoi!!!Semua kejadian kat tu memang ada unsur angan2, so i cakap apa yang selalu i alamilah. Haih!!!!Tiba2 glamour sebab mulut masin sampaikan my jiran suruh i cakap "jiran, tolongla cakap sapo bakal suami dia. Contoh macam Tan Swee Kim akan kahwin dengan anak tokey  & kaya" Haih, ingat aku ni tok bomoh ke apa.........

sebak.....


Tiba2 rasa sebak bila tengok pak cik dengan gigih mengayuh beca. Tiba2 rasa nak menangis. Sobsobsob!!!Alkisahnya macam ni, satu2 yang menyebabkan i mengalami traffic jam di jalan raya ialah kerana pak cik beca yang melalui laluan motor di atas jambatan. So disebabkan ini, motosikal akan mengikut langkah beca dengan kelajuan 10km/jam. Bila diperhatikan betul, tiba2 timbul rasa sebak kat pak cik2 yang mengayuh beca dengan penuh gigih dan sabar. Bila tengok pak cik, memang rasa sebak serta merta. Bukan mudah nak kayuh basikal dari rumah-KB-rumah setiap hari. Penat yang amat pastinya. Dah tu, bukan income yang mereka dapat tu banyak pun kan. Dah la majoriti yang mengayuh beca ialah pak cik2 yang dah tua. Mungkin ada dah yang berumur 60an. haih!!!sebak la. Tiba2 terfikir, kalau lah abah yang kayuh beca macam tu, tak tahu macam mana rasa hati i. Memang sebak sangat tengok langkah pak cik yang penuh sabar mengayuh basikal. Sungguh tiba2 dalam hati terdetik " Ya Allah, jauhi pak cik dari bahaya dan malapetaka".

Apapun, dengan perasaan ni, membuktikan i bukan la hati kering sangat. Maybe in different kind of situation compared to others...

Friday, 27 April 2012

peak period for the 4th time.........

tired & stress bila tengok segala akaun2 dan no. This year is my 4th time in peak period time. Nak kata sangat sibuk tu, macam melampau plak sebab ada je masa nak buat kerja lain. Tapi tiap2 hari stress nak siapkan semua akaun before 31st July. Tahun ni ada 15 companies kot. Tu tak termasuk kena menjawab surat dari income tax & tak termasuk kena tolong kerja2 orang lain. Yelah, kan dah pergi audit sama2, harusla kena siapkan part yang dibuat sebelum tu. Makanya, adalah lebih 20 companies kena buat before the end of July. Ada lagi kerja lain, bookeeping & tax computation yang semuanya kena siapkan before akhir bulan July jugak.  

Sekarang ni kat atas meja, ada lebih 5 box files yang mempunyai masalah yang tersendiri. Ada yang  dah siap vouching but still dont have time to do working paper. Ada jugak yang dah siap audit, but still need to amend account due to high tax. Ada juga file yang just need to change from box file to blue file. But i dont have time to do that. Ada juga box file yang still cannot proceed cause need to wait for client. Ada juga file i cannot proceed audit sebab i tak tahu nak buat cam ne. Until now, i have 5 companies yang barang dah sampai, tapi langsung tak sempat nak buat apa2. Sentuh pun tak lagi. Dan lagi sedih, dalam banyak2 companies, satu habuk pun i tak siap lagi...Waaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!

Tahun ni, separuh bulan puasa still in my peak period. So maknanya, i need to rush all the companies. Bulan puasa, tak ada maknanya nak OT sampai malam kan. Tahun ni, i dapat various kind of business. Ada business yang jual kereta (ni haru nak siapkan sebab banyakkkkkkkk!!!), ada syarikat pembinaan, ada business hotel, ada business jual mesin air, ada business pembalakan, ada business jual hardware & etc. Walaupun penat, kadang2 best juga tengok various kind of business kan. So boleh belajar new things. Tapi itulah, i feel so tired. Bila nak bersara pun tak tahu la. Dah banyak belajar ni. Pasal tax pun dah banyak belajar sampai dah muak. Jadi rasanya niat untuk gain knowledge dah boleh ditukar niat to gain more money plak kan. Haih, kat mana nak kerja untuk dapat gaji yang banyak sikit ni.....sign lagi!!!!!!!!!

Friday, 13 April 2012

menderita...

Waa malam2 nak celebrate  bday ni (kononla celebrate) menderita sungguh. Esok ada exam SPA. Huh exam yang dah pergi berjuta2 kali & tak pernah dapat tu. Tapi kalau tak pergi, kan nanti menyesal plak. Dari dok tidur atas katil pagi2 buta, baik manfaatkan 8.30 - 2.00 kat dewan exam. Ni 1st time bday time exam. Waaa menderita tak tahu nak baca apa ni. Sebab soalan sangat umum & merangkumi fakta seluruh dunia, so memang tak tahu apa nak baca. Dah la pengetahuan umumnya tahu sikit je. Ada juga belek2 buku pengajian am, tapi satu habuk pun tak melekat kat kepala. Tapi kalau buat2 pasrah kan, nanti esok menyesal plak. Waaa menderita di malam bday...Tekanan!!!!

Thursday, 12 April 2012

tak tahu apa rasa...

Lepas solat Maghrib, macam biasa godek2 kat FB. Actually, tak ada apapun kat FB i. Notification pun tak ada. Kalau ada, pastinya iklan2 yang membuat promosi untuk membeli produk mereka. Huh!!!Kadang2 bosan gak dengan FB sendiri. But i'm not the type to write all my activities at wall. Kalau ada yang terfikir pun, kadang2 je akan ditulis kat situ. Banyak kat sini kot. Sebab kat sini macam bebas nak tulis apa yang dirasa sebab tak ada yang tahu pun kewujudan blog ni. Berbalik pada my FB, ada satu je kelebihan my FB. Sebab i like banyak page2 yang memberi ilmu pengetahuan & artis2 yang beriman, makanya memang banyak sungguh akan kata2 hikmah keluar kat my FB. Kadang2 buka FB tu untuk baca semua kata2 tu je di samping updated dari kawan2. Disebabkan hari2 dah baca kata2 hikmat or article tu, i jadi macam ke arah Islamic sikit. Tapi niatnya jelah banyak nak berubah. Perbuatannya tak pun. Kalau ada, tak istiqamah.

Ehh apa sebenarnya motif ni. Jap jap!!!Macam ni, bila dah menggodek FB tu, tiba2 terbaca catatan daripada Wardina semasa dia ke Palestin minggu lepas. Oke, dah benda berfaedah, need to read kan. Tambah2 dari Wardina. Confirm, pastinya akan sangat berguna. Wardina cerita pasal pengalaman dia ke Palestin. Pergi ke Masjid AlAqso, Israel, orang2 Palestin yang ditindas & banyak lagi. Bila baca ceritanya,i felt "wah sangat kagum dengan feeling yang wardina rasa toward Islam" Dia memang dah berubah banyak. Teringat dulu masa tengok Wardina berlakon kat cerita spanar jaya. Memang bagai langit dengan bumi.

Then terfikir kat diri sendiri plak. Jauhnya beza antara i dengan Wardina. Tu baru Wardina. Tak lagi Siti Khadijah ke, Aisyah ke. Rasa macam i jauh bertapak2 ke belakang dari mereka. Jahil sungguh. Sungguh, memang sangat susah nak berubah untuk menjadi lebih baik. Memang sangat susah nak mendisiplinkan diri. Actually, bukan nak berubah banyak pun, sekadar nak solat awal & focus, AlQuran & Mathurat setiap hari. Tu pun fail. Rasa macam diri ni kecik sangat la. Kadang2 rasa jealous dengan orang lain yang boleh berubah. Tapi bak kata Fethri Yahya (Rakan FB, artis je...Hakhakhak), buat apa nak jealous kat orang lain, kalau diri sendiri boleh buat. Emm betul jugak kan. 

So sekarang ni, tak tahu apa yang dirasa. Frust dengan diri sendiri pun ada. Geram pun ada. Kecewa pun ada. So sekarang ni, i have unknown feeling. Hailah...sampai bila nak jadi macam ni...

CBE...

Ngeh!!!nak jugak cerita pasal cerita baru kat TV3 ni. Nak jugak ulas pasal drama. Ehh jap, rasanya banyak dah post cerita pasal drama, buku, lagu & entah apa2 lagi. Tapi nak buat cam ner, idea dah datang bergolek. Kehkehkeh!!!

CBE tu singkatan untuk tajuk drama Cinta Buat Emelda. Before ni dah tepek lagu je kat post MODE: Insaf. Skang nak tulis pasal cerita dia plak. 

Kalau i sudi bercerita kat sini, maknanya i like the storylah. Rasanya yang menggamit nak tengok pada mulanya adalah sebab ada si kecil MIA SARA tu. Aloh, comelnya dia. Petah plak tu bercakap. Then bila dah setiap hari tengok, sobsobsob macam touching sungguh. Memang touching la sebab ada scene tu siap nangis2. sobsobsob!!!Actually, i jarang kot kalau tengok cerita sampai nangis. Yelah, i ni kan jiwa kering. Orang lain dah tadah satu baldi pun belum tentu i akan nangis & touching. Cth: Orang lain nangis sampai kena bawa tisu sampai 10 kotak tengok cerita ombak rindu, i siap2 boleh ketawa lagi. Adoi, memang tak menggamit jiwa la cerita tu. Sekadar untuk tontonan boleh la.

Cerita ni berkisar pasal pengorbanan seorang adik untuk kakaknya. Bertahun kena hina pun sanggup demi menjaga maruah kakak sendiri. Rasanya ni kot kali pertama minat lakonan Almy Nadia. Nampak matang & penyayang sungguh. Suka!!!Actually, lagu2 soundtrack pun best juga. Setakat ni, episod 11 paling best dalam banyak2 episod. Auchhh, touch my heart. Chewah!!!!

Cuma yang tak sukanya, ada scene peluk2 la antara lelaki & perempuan. Rasanya, tak yah peluk2 pun tak pe. Then cerita pun macam lari sikit dari segi agama kot. Macam tak ambil kisah sangat pasal perbuatan zina yang membawa kepada kelahiran anak luar nikah. Entah!!!Tapi secara overallnya, banyak pengajaran yang boleh diambil dari cerita ni. Apapun, ambil yang baik2 sahaja kan. Yang pasti, for the next 12 episods, i will glue at TV3 at 7.00 - 7.30 pm. 7.30 kena solat lah. Nanti sambung kat tonton okes!!!!


***Ehh next week kena ke KL. Aloh, 1 minggu puasa CBE. Nasibla ada Tonton...




Demi masa


Sigh**Tepuk dahi...Tepuk pipi...Tepuk dada... entah nak tepuk apa lagi untuk bagi diri sendiri sedar akan kepentingan masa. Phewww!!! Susahnya nak berdisiplin dengan masa. Kadang2 rasa sakit hati dengan diri sendiri kerana tak dapat & gagal luangkan masa dengan perkara2 yang hendak dibuat atau perkara yang dah dirancang atau perkara yang dah dijadualkan. Argggg!!!Sesungguhnya Allah dah bersumpah dengan masa..
DEMI MASA, MANUSIA BERADA DALAM KERUGIAN. Tapi, tapi...sangat susah nak menjaga masa. Lebih susah dari masuk ke dewan nak amik paper consolidated account.Haihhhhhh!!!!

Monday, 9 April 2012

katak pisang...

Sedang syok2 berskype dengan Hadif Iqbal, tiba2 my mum masuk bilik i..."katok pise ado dalam rumah ni". Waa..automatik i naik atas katil walaupun tak tahu kat mana katak tu berada. Sungguh, i geli la dengan spesis katak yang ni. Dah la, my mum cakap, katak tu still tak keluar lagi. Tak tahu mana dia lari bila my mum nak halau dia keluar rumah. Ya Allah, mana mung nusuk ni wahai katak. Terus mood nak buat assaingment hilang entah ke mana. Sungguh i geli & takut dengan spesis katak yang kat bawah ni. Geli!!!!!!!!!!!!!!!

Saturday, 7 April 2012

mode: INSAF.


Mode INSAF setelah tak reti nak buat assigment.Sebab tak reti nak buat, so melilau2 kat Youtube mencari hiburan. Setelah digodek2, hah lagu ni best jugak. Lagu Ketuhanan plak tu. So INSAF!!!This song is actually one of the theme song in newest drama series at TV3, Cinta Buat Emelda. Ceritanya best & touching sungguh. So haruslah ikuti cerita ni sampai akhirnya...


Lagu Tema Cinta Buat Emelda – KebesaranMu

Kau tempatku mengadu hati
Memberi segala hidup
Dunia dan seisinya milik-Mu
Mencintai-Mu sejati

Ku manusia yang penuh dosa

Berharap ampunan-Mu
Lihat di langit kesempurnaan hati-Mu
Kau cinta pertama dalam hidup

Reff:

Allahu Akbar Maha Besar
Memuja-Mu begitu indah
Selalu Kau berikan semua
Kebesaran-Mu Tuhan

Repeat reff [3x]
Kebesaran-Mu Tuhan